ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: EGONYA NIK AZIZ YANG TAK SEDAR DIRINYA SUDAH TUA DAN TERLALU UZUZR !!!

Saturday, 22 December 2012

EGONYA NIK AZIZ YANG TAK SEDAR DIRINYA SUDAH TUA DAN TERLALU UZUZR !!!


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menyatakan hasrat mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang meskipun ramai yang berharap beliau bersara daripada politik memandangkan keadaannya yang semakin uzur.


Katanya, menjadi kewajipan kepadanya untuk menentang UMNO selagi masih ada orang Melayu yang memberi sokongan kepada parti itu.

‘‘Insya-Allah saya bertanding. Apa saja perkara yang UMNO tidak setuju, saya akan buat. Macam saya kata dulu, bertanding politik bukan tubuh sihat tetapi fikiran betul, tak mabuk. Kalau ajak saya bertumbuk, saya minta maaf," katanya dalam sidang akhbar di kediaman rasminya di JKR 10 di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini meminta supaya rakyat membuka mata dan menolak untuk memilih pemimpin yang tidak menepati janji.Teguran tersebut ditujukan kepada Nik Abdul Aziz ekoran kenyataannya sebelum itu yang membayangkan mahu bertanding lagi dalam pilihan raya umum akan datang walaupun pernah berjanji untuk berundur sebelum ini.

Nik Abdul Aziz yang kini berusia 81 tahun sudah 44 tahun berkecimpung dalam politik. Beliau yang menyertai Pas pada tahun 1960 sebagai ahli biasa pernah menjadi Ahli Parlimen Hilir Kelantan pada 1969 dan menjadi Menteri Besar Kelantan sejak 1990. Ditanya janji beliau sebelum ini yang mahu berundur daripada politik sekiranya Dr. Mahathir berbuat demikian, Nik Abdul Aziz berkata:

“Bila saya sebut? Saya kata begini, kalau UMNO tukar dasar kebangsaan kepada Islam dan UMNO dan Pas bersatu, buat apa lagi saya berpolitik. Tidur malam tidak nyenyak. Tetapi kalau selagi Melayu sokong UMNO, wajib atas saya melawan kerana ini bahagian mungkar."-UTUSAN



INGATKAH TUAN-TUAN !!!

Suatu ketika dulu, semasa PRU-10 (1999), Nik Aziz pernah mencabar Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr Mahathir supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana didakwanya Mahathir sudah tua dan nyanyuk, sentiasa uzur. 

Nik Aziz kata, jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan... 

Kalau Nik Aziz tak sedar atau tak perasan, Mahathir telah letak jawatan pada tahun 2003. Dah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan tapi Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walaupun sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu.


Bukankah salah satu ciri2 @ sifat2 orang Munafik adalah :-

Hadits Nabi Muhammad SAW Tentang Orang-Orang Munafik :
“Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim).


No comments:

Post a Comment