ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TITIK MULA KESESATAN PAS !!!

Tuesday, 18 December 2012

TITIK MULA KESESATAN PAS !!!

Menjelang Pilihan Raya Umum Malaysia 1982, Abdul Hadi Awang yang ketika itu adalah pemimpin pelapis PAS yang dilihat akan menerajui pucuk pimpinan PAS, telah memberi ucapan yang selaraas dengan  buku yang ditulis oleh Said Hawa, antaranya berjudul Jundullah Tsaqafatan wa Ahlaqan.

Ucapan yang dipanggil kemudian sebagai "Amanat Haji Hadi Awang" telah disampaikan oleh Presidenn PAS sekarang, di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April1981 dan disinilah titik bengit politik membenci, kafir mengkafir, fitnah, berbohong, mengadu domba dan radikalisma yang berkekalan hingga ke hari ini.

berikut ucapan kontroversi tersebut:
Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.


Pada tahun 1984, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan amanat tersebut sebagai bertentangan dengan Islam. Kebimbangan amanat tersebut memecah belah masyarakat Islam timbul lagi pada tahun 2001 dan satu perjumpaan dibuat di antara Hadi dan Majlis Fatwa.

Inilah amanat yang menaikkan semangat umat islam PAS untuk menentang kerajaan hingga berlaku peristiwa Memali. Inilah juga amanat yang telah menutup hati dan jiwa penyokong taksub PAS dari mahu mendengar kedua-dua belah pihak dalam satu-satu isu.

Hati penyokong PAS menjadi tertutup dan taksub hingga hujah yang sering menjadi asas tuduhan mereka begitu cetek, ambil mudah dan keengganan menerima kebenaran. Pemimpin PAS berjaya membina bala penyokong yang mudah ditipu dan dimanipulasi dengan interpretasi Quran dan hadith serta pandangan ulamak yang sempit dan radikal.

Penyokong PAS mudah ditutup minda dengan hanya melabel pandangan-pandangan yang berlainan dan tidak mengikut arus sebagai memfitnah dan melabel sebagai pandangan UMNO atau dibeli UMNO padahal banyak isu yang ditimbulkan masih dari kerangka agenda PAS.

Banyak salah guna kuasa, penipuan, penindasan dan rasuah dijustifikasikan atas nama ISlam dan dibolehkan atas ketaksuban pada pemimpin.

Semua ini bermula dari "Amanat Haji Hadi Awang".

No comments:

Post a Comment