ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MAZLAN ALIMAN AKAN DISAMAN SELEPAS DIHALAU.

Thursday 13 December 2012

MAZLAN ALIMAN AKAN DISAMAN SELEPAS DIHALAU.


Konon nak bela peneroka, tapi Anak menuding jari ke arah peneroka

Beberapa hari lepas, Konvoi Oren dihalau oleh peneroka.

Kini Mazlan Aliman, Harakah dan Suara Keadilan berhadapan dengan fitnah melampau mereka:

KUALA LUMPUR - Felda menghantar notis tuntutan kepada Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, akhbar Harakah dan Suara Keadilan berikutan didakwa membuat tuduhan yang Felda menjual minyak sawit mentah kepada Israel.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, tuduhan itu tidak benar sama sekali dan berunsur fitnah. 

"Malah, ia telah menjatuhkan imej Felda sebagai sebuah konglomerat antarabangsa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Justeru, beliau berkata, Felda menerusi peguamnya telah mengambil tindakan awal untuk menyaman Mazlan, Harakh dan Suara Keadilan mengenai kenyataan-kenyataan itu, yang turut disiarkan di laman web sosial Facebook Mazlan. 

"Notis tuntutan telah dihantar oleh pihak peguam kepada pihak-pihak yang terlibat pada 10 dan 11 Disember," katanya. 

Isa berkata, Felda mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis, pengarang, ketua pengarang, penerbit dan pencetak akhbar "Harakah" yang didakwa selaku pihak-pihak bertanggungjawab dalam penyebaran fitnah terhadap Felda. 

Tindakan sama turut diambil terhadap PKR yang mengendalikan akhbar Suara Keadilan, katanya. 

Sehubungan itu, beliau berkata Felda memberi tempoh 14 hari kepada Mazlan dan kedua-dua akhbar itu untuk memohon maaf, menarik balik kenyataan itu dan menawarkan pampasan yang setimpal kepada Felda di atas tindakan mereka. 

"Jika mereka gagal berbuat demikian, Felda akan mengarahkan pihak peguam untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka selepas tamat tempoh 14 hari yang telah diberikan sebelum ini," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment