Itu persoalannya. Kenapa pulak tiba – tiba Si Mahfuz ni jadi cuak bila isu berkaitan dengan tapisan calon PRU oleh SPRM dibangkitkan?
Pelik dan sungguh menghairankan !!! Selama hari ini, puak – puak Pakatan Pembangkang lah juga yang "dok pukul canang" dan mahu sangat pemimpin yang Bersih. Sedangkan pemimpin lain dari kalangan Pakatan pun ada yang sanggup disiasat oleh badan tersebut bagi memastikan ketelusan dalam PRU akan datang.
Tapi, Si Mahfuz ni kata perkara tersebut tidak wajar dan menetang cadangan tersebut dengan membuat dakwaan bahawa ianya hanya gimik Barisan Nasional semata – mata.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung cadangan agar calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) melalui proses tapisan yang dianggapnya sekadar proses biasa serta tiada tindakan konkrit akan diambil selepas itu.Menurut ahli Parlimen Pokok Sena itu, adalah lebih baik untuk parti masing-masing menjalankan tapisan tersebut berbanding dilakukan oleh pihak SPRM.“Isu sekarang jika calon bersih ketika tapisan tersebut, namun selepas jadi wakil rakyat, menteri individu berkenaan terbabit dengan isu rasuah adakah SPRM berani untuk ambil tindakan?“Soalnya SPRM kena berani ambil tindakan jika wujud kes…bukan sekadar jadi medium penapisan calon. Walaupun cadangan nak tapis calon ini bagus tapi fungsi dan tindakan SPRM selepas itu yang jadi persoalan.“Adalah lebih baik parti sendiri yang jalankan penapisan calon-calon ini. Sebab kes yang ada sekarang pun SPRM gagal ambil tindakan,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.Beliau turut berpendapat cadangan ini hanya taktik Barisan Nasional (BN) untuk menonjolkan personaliti calon yang bersih dan amanah.
Pulak dah!!! Kalau dulu, mereka juga yang beria–ia buat demo dan buat tuntutan "BERSIH" agar pemimpin ni Bersih dari rasuah dan sebagainya. Kenapa pula sekarang nak tolak cadangan tersebut dan membuat dakwaan yang bukan – bukan? Takut ada yang sangkut ke?
No comments:
Post a Comment