ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MELAMPAU! PENCABULAN KEPADA AGAMA ISLAM!!

Monday 31 December 2012

MELAMPAU! PENCABULAN KEPADA AGAMA ISLAM!!



Sebuah pertubuhan yang mewakili pengajian pondok di negeri ini, Minda Pondok menyifatkan tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu amanat mengkafirkan UMNO, sebagai satu pencabulan kepada agama Islam.

Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof al-Hafiz berkata, ini kerana amanat tersebut jelas bercanggah dengan al-Quran, sunnah dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Beliau berkata, rakyat seharusnya berpegang teguh pada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menolak Amanat Haji Hadi.

"Tindakan Nik Abdul Aziz mempertahankan Abdul Hadi adalah satu pencabulan kepada Islam. Semua ini berpunca daripada perjuangan Pas yang tersasar jauh kerana kepentingan politik kepartian untuk menawan Putrajaya bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada masa sekarang mereka hanya 'meratib' Putrajaya."

"Bukan sahaja Amanat Haji Hadi, rakyat juga harus menolak kenyataan dan 'fatwa' yang disebut Nik Abdul Aziz kerana bercanggah dengan al-Quran dan sunnah."

"Saya bersama rakan-rakan dalam Minda Pondok bersedia untuk bermuzakarah dengan pemimpin Pas dalam apa sahaja isu membabitkan kepentingan agama," katanya kepada Utusan Malaysia selepas Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di pekarangan bangunan Mara Khamis (27/12/2012).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang meminta Abdul Hadi tidak tunduk dengan desakan pelbagai pihak supaya menarik balik amanat yang dibuatnya pada 1981.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan meminta Abdul Hadi bersemuka dengan pihak yang mendesak supaya amanat tersebut ditarik balik.

Sementara itu, Mohd. Syamsul yang pernah terlibat secara aktif dengan Pas selama 12 tahun berkata, golongan ustaz muda dan 'tok guru' pondok di negeri ini sudah sedar dengan perjuangan Pas yang semakin terpesong.

"Apa yang dibuat oleh pemimpin Pas hari ini sudah jauh tersasar, kita kena berjuang dan duduk atas dasar UMNO kerana UMNO adalah sebuah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air, jika dahulu tidak nampak tetapi sekarang semakin jelas perjuangan yang dibawa oleh UMNO."

"Kita harus mempertahankan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang ada sekarang kerana sejarah telah membuktikan Melayu dan Islam dipertahankan di samping agama lain turut terjaga," katanya. - UM

No comments:

Post a Comment