ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: APA ADA PADA NAMA PARTI ISLAM ???

Friday, 28 December 2012

APA ADA PADA NAMA PARTI ISLAM ???



Apa ada pada nama Parti Islam ?” soal Dato Mohd Nakhaie Haji Ahmad ketika ditemubual Agendadaily yang merumuskan perjuangan parti itu sekarang hanya untuk mendapatkan kuasa politik.
“Apabila kita melihat kepada satu nama seperti Parti Islam SeMalaysia – nama itu tak semestinya menggambarkan parti Islam yang sebenarnya apabila dilihat dari segi perjuangan, akhlak, pergaulan dan sikap mereka dalam menghadapi pelbagai isu kehidupan.
“Bagi saya, PAS tidak memiliki ciri-ciri keIslaman dan hanya menggunakan nama Islam sebagai satu jenama yang difikirkan berpengaruh,” katanya.
Menurutnya kepimpinan PAS mendiamkan diri apabila berlaku perpecahan fraksi-fraksi fahaman dalam partinya yang menyebabkan perjuangan PAS ditafsir mengikut selera masing-masing.
“Ia dianggotai atau dikuasai oleh golongan yang lebih berkeinginan untuk berkuasa dan menggunakan parti untuk mencapai matlamat mereka. Oleh sebab itu, elemen Islam dalam PAS berteraburan dan pelbagai elemen masuk ke dalamnya termasuk golongan Syiah yang sanggup berdiam diri terhadap fahaman pluralisma dan liberalisma.
“Ini antara penyelewengan besar yang berlaku dalam PAS sekarang. Itulah sebabnya mereka mudah menerima fahaman atau saranan dari DAP mahupun Keadilan sehinggakan kita dapat melihat PAS sudah tidak ada pendirian, seolah-olah mereka mengikut logik parti-parti itu ”katanya.


No comments:

Post a Comment