Hanya doa yang mampu diiring rakyat Malaysia untuk semua mangsa yang berada di dalam pesawat gergasi yang masih menjadi tanda tanya ini. Sudah 3 hari pesawat ini hilang dari radar. Sama-sama kita doakan semoga yang terbaik buat semua mangsa yang terlibat dalam kejadian ini.
Belum ada lagi petunjuk pesawat. objek kaitkan MH370 yang hilang - DCA
SEPANG: Sehingga hari ini usaha mencari dan menyelamat (sar) masih belum lagi menemui petunjuk, lokasi atau objek yang mengaitkan pesawat MH370 yang hilang, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azaharuddin Abdul Rahman. Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi. -Bernama
MH370: Keputusan makmal tompokan minyak akan diumum - DCA
PETALING JAYA - Hasil keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di Laut China Selatan semalam dijangka diperoleh selewat-lewatnya petang ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Ahmad Ridzuan Ibrahim berkata jabatan itu menerima sampel minyak tersebut daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), jam 9.40 pagi ini untuk dianalisis.
Jabatan berkenaan, katanya, akan memberi keutamaan sepenuhnya dalam menganalisis 1.5 liter sampel minyak itu.
"Sampel itu akan melalui tiga prosedur bagi mengenal pasti sama ada bahan tersebut mengandungi kerosine (bahan bakar pesawat) atau tidak," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.
Ahmad Ridzuan berkata tiga prosedur utama akan dijalankan bertujuan memastikan sampel minyak tersebut mengandungi 'mineral oil' yang boleh diklasifikasikan sebagai bahan bakar pesawat.
Beliau berkata tiga prosedur itu membabitkan ujian pertama iaitu memastikan sama ada sampel tersebut mengandungi 'mineral oil', peringkat kedua mengenal pasti sama ada ketumpatan minyak itu 'light oil' atau 'heavy oil', dan peringkat terakhir ialah proses pemprofilan bagi menentukan kategori minyak (kerosine, diesel, atau petrol).
Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang, pada jam 12.41 pagi Sabtu. - Bernama

KOTA BHARU - Seorang nelayan di sini mendakwa melihat sebuah pesawat terbang lebih rendah daripada biasa di Laut China Selatan, kira-kira lapan batu nautika dari Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan, awal pagi kelmarin.
Azid Ibrahim, 66, berkata, dia melihat pesawat itu kira-kira jam 1.30 pagi semasa membawa lima kaki pancing di kawasan tersebut.
Menurutnya, pesawat itu terbang rendah menghala keluar dari negara ini menuju ke tengah laut.
“Ketika itu hanya saya dan Pak Da (kawannya) sahaja yang melihat kapal terbang itu. Yang lain tidur. Biasalah kami nampak kapal terbang di kawasan ini kerana ia laluan utama, tapi kali ini ia lebih rendah daripada biasa.
"Saya tidak pasti berapa tinggi kapal terbang itu dari muka laut, cuma nampak lampu besar buah kelapa dan di bawah awan. Itu yang saya hairan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Azid, yang sudah 10 tahun membawa kaki pancing ke laut berkata, dia hanya mengetahui mengenai kehilangan MH370 selepas mengikuti berita di televisyen, semalam.
Berikutan itu, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, petang semalam.
“Saya hanya ingin beritahu apa yang saya nampak malam itu. Mana tahu ia boleh bantu (pasukan mencari dan menyelamat).

No comments:
Post a Comment