ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: #PRAY4MH370 : 'LATEST UPDATE' MISTERI KEHILANGAN PESAWAT #MH370 !!!

Thursday 13 March 2014

#PRAY4MH370 : 'LATEST UPDATE' MISTERI KEHILANGAN PESAWAT #MH370 !!!


Hari ini hari keenam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang sehingga ini masih hilang selepas dikesan kali terakhir pada awal pagi Sabtu lalu. Sehingga semalam, misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik Malaysia Airlines (MAS) masih belum ada tanda-tanda akan ditemui.

MH370: Pesawat APMM dihantar ke lokasi penemuan objek besar

SHAH ALAM - Susulan satelit China dalam operasi mencari pesawat MAS penerbangan MH370 telah menemui "kawasan disyaki pesawat terhempas", Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan telah menghantar pesawat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) ke kawasan tersebut.

"Bombardier Maritim telah dihantar untuk menyiasat apa  yang didakwa serpihan yang telah ditemui oleh imej satelit China," katanya dalam akaun Twitternya, hari ini.

Perkara itu turut disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Media melaporkan satelit China yang mencari pesawat MH370 yang hilang pada Sabtu menemui “kawasan disyaki pesawat terhempas”.

Ia dilihat sebagai satu lagi petunjuk baharu dalam misi mencari dan menyelamat yang memasuki hari keenam, hari ini.

Jabatan Sains, Teknologi dan Industri untuk Kementerian Pertahanan China mengumumkan penemuan itu termasuk imej yang dikatakan "tiga objek disyaki terapung dan saiz mereka."-Bernama

Vietnam Berusaha Cari Lokasi Didakwa Satelit China

Phu Quoc: Vietnam telah berusaha mencari kawasan yang didakwa mempunyai kesan pesawat terhempas yang juga dikatakan terdapat serpihan daripada penerbangan MH370.

Bukan setakat itu, pihak berkuasa negara berkenaan turut menghantar pasukan kedua untuk melakukan pemeriksaan balas berikutan berita yang dilaporkan China.

"Kami sangat berjaga-jaga dan telah menghantar kapal terbang untuk membuat pemeriksaan di kawasan berkenaan sejak tiga hari lalu," kata Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam, Pham Quy Tieu.
Tambahnya, "Hari ini pesawat (tentera) akan meneruskan usaha pencarian di kawasan berkenaan."
Seorang lagi pegawai tentera berkata, Vietnam sedang menunggu gambar yang diambil oleh satelit Cina pada hari Ahad di perairan timur laut Kuala Lumpur dan selatan Vietnam untuk mengenalpasti lokasi tepat untuk pemeriksaan lanjut.-Mstar

Kod tango sahkan sabotaj?

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan MAS difahamkan telah mengeluarkan kod tango berhubung kehilangan pesawat MH370 selepas ia gagal dikesan radar pemantau.
Menurut sumber, kod tango digunakan apabila merujuk kepada insiden yang melibatkan perbuatan sabotaj, termasuk rampasan pesawat.

“Syarikat itu memaklumkan kepada petugas di bilik operasinya bahawa kehilangan pesawat MH370 diklasifikasikan dengan kod tango,” kata sumber tersebut.

Setiap syarikat penerbangan difahamkan mempunyai kod berkenaan bagi mengenal pasti ancaman terhadap penerbangan mereka yang difahami oleh semua petugas di seluruh dunia.

Kod tango hanya digunakan dalam situasi cemas yang merujuk kepada perbuatan sabotaj melibatkan penerbangan awam atau komersil.

Seorang pegawai perhubungan media MAS, ketika dihubungi semalam, mengakui pihaknya mengisytiharkan kod itu dalam kes kehilangan MH370, tetapi menafikan ia merujuk pada rampasan pesawat.

Ya kami telah mengisytiharkan kod tango tetapi ia bukan bermaksud rampasan (pesawat). Itu mesej untuk kami meningkatkan lagi tahap keselamatan,” kata pegawai berkenaan.-Bernama

Agensi satelit sertai misi cari MH370

PARIS - Beberapa agensi satelit pemantau Bumi menyertai misi mengesan pesawat MH370, menurut laporan pengurusan satelit semalam.

Menurut AFP, ini berikutan permintaan China supaya Pertubuhan Piagam Antarabangsa Angkasa dan Bencana Utama diaktifkan.

Di bawah persetujuan tersebut, sebanyak 15 agensi angkasa dan institut angkasa kebangsaan memulakan usaha bantuan dengan menyebarkan imej dari satelit yang melalui kawasan berkenaan.

“Imej satelit kini sedang digunakan bagi mencari sebarang bukti kejadian sebelum dan selepas pesawat itu hilang.

"Sehingga hari ini, pencarian masih diteruskan," katanya dalam kenyataan.

Menurut ahli Agensi Angkasa Eropah (ESA), Pentadbiran Meteorologi China menyediakan data beresolusi tinggi bagi tujuan pencarian itu, bagaimana pun kawasan yang terlibat dalam pengimejan satelit itu tidak didedahkan.

Ini merupakan kali pertama Pertubuhan Piagam Antarabangsa Angkasa membantu dalam misi mencari pesawat yang hilang selepas ditubuhkan pada tahun 2000.

Selepas diaktifkan, juruteknik angkasa akan menimbangkan satelit yang paling sesuai digunakan untuk misi pencarian itu berdasarkan data radar darat atau gambar.-Bernama

MH370: China tidak akan berhenti cari pesawat MH370 - Li Keqiang


BEIJING: China akan terus berusaha mencari pesawat MH370 yang hilang 'selagi ada harapan walaupun sedikit', kata Perdana Menteri Li Keqiang, Khamis.

239 penumpang berada di atas kapal termasuk 153 rakyat China, dan Li pada sidang media setahun sekali yang diadakan berkata: "Keluarga dan rakan-rakan sedang berada dalam keadaan sangat bimbang."

"Kerajaan dan rakyat di China semua mengambil berat tentang keselamatan mereka," katanya.

"Kita semua ingin sekali mendapatkan berita tentang kapal terbang, walaupun dengan sedikit sahaja berita baik."

China mempunyai lapan kapal yang mengambil bahagian dalam usaha mencari, dengan kapal yang kesembilan dalam perjalanan serta telah mengerahkan 10 satelitnya untuk membuat pengesan, katanya.

Beliau berkata demikian selepas satelit China dikatakan telah merakamkan gambar objek terapung di laut pada Ahad yang mungkin merupakan pesawat yang hilang, 200 kilometer dari kawasan terakhir penerbangan yang dikesan.

"Kita tidak akan berputus asa terhadap sebarang petunjuk yang disyaki mempunyai kaitan dengannya, " kata Li pada akhir sesi tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan.

"Kerajaan China telah meminta pihak yang berkaitan untuk meningkatkan penyelarasan, menyiasat punca dan mencari pesawat yang hilang secepat mungkin dan mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan betul," katanya.
-Mstar

No comments:

Post a Comment