ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DOSA IBU : 3 BERADIK DIBURU JADI PELARIAN !!!

Thursday 13 March 2014

DOSA IBU : 3 BERADIK DIBURU JADI PELARIAN !!!


KUALA LUMPUR: “Saya kini ibarat sebatang kara selepas ditinggalkan ibu di rumah anak yatim manakala dua abang terpaksa bersembunyi di Seremban dan Kajang mendapatkan perlindungan sejurus dua ceti haram memburu kami sekeluarga.

“Semua kejadian berpunca daripada kegagalan ibu melangsaikan pinjaman ceti sebanyak RM50,000 selepas membuka perniagaan rumah urut." 

“Kesannya, hidup saya kini terumbang-ambing tanpa arah tuju selain terpaksa mengorbankan alam persekolahan,” kata remaja, Musliha, 16, yang menjadi mangsa buruan ceti haram bersama dua lagi abangnya berusia 20 dan 18 tahun.

Mendedahkan perkara itu, Musliha berkata, pada 2010, ibunya yang berusia 40 tahun dan berpengalaman selama 15 tahun sebagai tukang urut merancang membuka perniagaan pusat urut bersama ibu saudaranya dengan meminjam wang daripada ceti sebanyak RM30,000.

Katanya, selepas pinjaman dilulus, pusat urut diimpikan akhirnya ditubuhkan di sebuah kawasan di Kajang, namun tidak sampai dua bulan beroperasi, ia diserbu pihak berkuasa dan ditutup.

No comments:

Post a Comment