ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: March 2013

Sunday, 31 March 2013

PERINGATAN KEPADA IBUBAPA !!! HATI-HATI DENGAN KOMIK MURTAD!!!





Pelbagai cara telah dibuat untuk menjejaskan akidah orang Islam dan terus boleh memurtadkan orang Islam itu sendiri. Cara-cara tersebut ialah seperti:

  1. Penyebaran Komik (sasaran kepada kanak-kanak)
  2. Di sebarkan seperti flyers (dimasukkan ke dalam raga motosikal, di sekolah, pusat tuisyen dan sebagainya)
  3. Nyanyian yang menyesatkan akidah di pusat-pusat tuisyen
  4. Penggunaan nama Allah sebagai ganti tuhan (Bapa kepada Jesus)
  5. Gereja bagi bantuan kepada (orang Islam) yang tak mampu.
  6. Pelbagai lagi.
Gambar-gambar di bawah adalah komik yang telah dicetak dari Indonesia pada tahun 1998. Di Malaysia buku ini dipercayai telah disebarkan pada tahun 2000 lagi. Bayangkan sekarang sudah 2013.


Anak-anak kita yang baru bersekolah rendah tentu amat suka dan gembira jika komik yang menarik kartunnya ini diberi secara percuma. Mesti mereka berebut-rebut untuk mendapatkannnya. Bayangkan kalau kita Ibu Bapa tidak tahu yang mereka ini menyimpan komik ini? 

















Saturday, 30 March 2013

HOT!!! VIDEO (PART II) PUNCA BAGAIMANA INSIDEN MEMALI TERCETUS !!!



Seperti yang dijanjikan, di bawah adalah video bahagian II.

Tujuannya ialah untuk menyingkap kembali sejarah Memali bagi memberi pencerahan kepada generasi muda hari ini tentang hal sebenar yang diputarbelit oleh pembangkang bagi memburukkan pihak polis/kerajaan.

Seperti yang kita tahu, pemimpin pembangkang telah meracuni minda rakyat dengan memperlekeh-lekehkan anggota keselamatan. Yang terbaru ialah tindakan mereka yang menghina anggota keselamatan kita yang berjuang di Sabah.

Anda saksikan video terbaru bahagian II :



Video : Bukti pembohongan pemimpin PAS dan pembangkang

Yang lebih memalukan dan menjatuhkan maruah parti PAS ialah apabila Zainon Ismail yang juga dikenali sebagai CN Al-Afghani telah mendedahkan penganiayaan terhadap balu Memali yang diarahkan membayar sejumlah kos guaman pada tahun 2007, sedangkan kutipan dana daripada orang awam sudah lebih daripada mencukupi.
Selain itu, Zainon juga mempersoalkan 'kehilangan' wang berjumlah RM30 ribu hasil jualan mesin jahit kepunyaan bengkel jahit Memali. 
Zainon yang juga bekas aktivis tegar dan ahli seumur hidup PAS sebelum ini telah beberapa kali mendesak pucuk pimpinan parti itu supaya menyiasat dakwaan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit. 
Namun desakannya tidak diendahkan sebaliknya beliau dipecat daripada PAS dan buku tulisannya diharamkan oleh PAS. 
Zainon adalah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali.
Sungguh memalukan!

Lihat juga keterangan di dalam video di bawah :

HOT !!! TOLONG SEBARKAN - 13 KEJUTAN YANG AKAN DILAKUKAN PEMBANGKANG MENJELANG PRU-13

Menjelang PRU 13 ,  ramai bekas pemimpin PKR seperti Datuk Zul Noordin , Zahid Mat Arip, Ng Lum Yong dan lain-lain   telah mendedahkan  beberapa  rancangan jahat Anwar bila hampir nak pilihanraya.

Untuk makluman semua , 13 Kejutan yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh sesetengah dari kita bakal berlaku menjelang pilihan raya ke13.

Perlu diingat tujuan dan perancangan licik ini bakal menerjah ke ruang-ruang minda rakyat dan semuanya dilakukan bagi menggaburi mata setiap dari kita khususnya rakyat sebelum hari mengundi nanti. Apakah 13 kejutan yang bakal berlaku.

Sebagai rakyat ,  jangan terus mempercayai 13 rancangan ini dan yang paling penting harus persoal mengapa ia  berlaku bila hampir nak PRU 13.

Friday, 29 March 2013

HOT!!! VIDEO PUNCA BAGAIMANA INSIDEN MEMALI TERCETUS !!!


PAS sebelum ini menggunakan insiden Memali sebagai modal politik mereka. Mereka menuduh kononnya Kerajaan zalim dan kejam terhadap orang Kampung di Memali. Hakikatnya, PAS lah menjadi dalang di sebalik peristiwa Memali.

Video di bawah adalah pengakuan bapa kepada arwah Ustaz Ibrahim Libya yang tidak menyalahkan Kerajaan ke atas tindakan yang terpaksa diambil untuk menangani kes Memali.

Memang ekslusif pendedahan video peristiwa berdarah MEMALI pada tahun 1985 . PAS ternyata telah memutarbelitkan fakta sebenar insiden ini hingga membuat pengikut2 tegarnya percaya UMNO telah membunuh orang Islam .


Di antara isu di dalam video PART 1 ini:

1. Menjadikan wanita & kanak2 sebagai perisai bahagian hadapan (menyonsang dari prinsip peperangan dalam islam, sepatutnya lelaki di hadapan)

2. Jelas dalam video polis bertindak tenang untuk menyuraikan org kampung, tapi mereka yg mula bertindak aggresif.

3. Kita akan lihat suasana di dalam madrasah Ibrahim Libya yang penuh dengan pengaruh PAS, Syiah di Iran & Muammar Ghadafi dari Libya.

4. Manakala AMANAT HAJI HADI MENJADI SUMBER RUJUKAN PERJUANGAN MEREKA yang turut memecahbelahkan umat Islam dengan sembahyang dua imam dan sebagainya.


5. Yang paling menariknya ialah temubual dengan bapa Ibrahim Libya: Bapanya sangat kecewa kerana mereka semua tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yg berlaku. Ibrahim Libya dipengaruhi oleh anasir asing, ahli PAS dari Alor Setar (Mat Hassan) yang menggalakkan mereka menentang kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi. 


  

Dan sehingga ke hari ini, parti PAS masih tidak dapat menjawab persoalan rakyat tentang Tabung Memali. Berapa dan kemanakah perginya tabung tersebut?

Mana Duit RM 60K itu ?

Tahun 2002 Pas tutup Tabung Memali dengan wang yang masih berbaki RM 60k.

Tetapi mengikut Cikgu Non sehingga ke hari ini wang tersebut tidak diserah kepada balu dan anak yatim. 
Cikgu Non tanya mana pergi duit RM 60 ribu itu ???


Thursday, 28 March 2013

HOT !!! MESTI TENGOK - ANAK MUDA HENTAM PAKATAN PEMBANGKANG !!!



KREATIVITI ANAK MUDA BALUN PAKATAN.


TERKINI #LAHAD DATU @270313

SEORANG PENGGANAS SULU SERAH DIRI.

Seorang pengganas Sulu ditahan selepas menyerah diri ketika terserempak dengan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan di Tanjung Batu, di sini, lewat hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sepasukan unit Gerak Gempur Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melakukan operasi di satu kawasan paya sebelum terserempak dengan pengganas itu. Dia kemudian melarikan diri sebelum dikejar dan akhirnya menyerah diri. Lelaki dipercayai tanpa senjata itu menyerah diri dengan mengangkat tangan dan meminta pasukan keselamatan tidak melepaskan tembakan terhadapnya.

Difahamkan dua kereta perisai berantai dikerahkan untuk operasi pemantauan berterusan bagi mengesan pengganas lain. Kereta perisai itu dipercayai dikerahkan kerana bimbang penyerahan diri yang dilakukan itu sebagai taktik kotor untuk pengganas lain melepaskan tembakan terhadap pasukan keselamatan.

Bagaimanapun, sebaik mendapati tiada yang mencurigakan dan tidak membahayakan, pasukan keselamatan menahan pengganas berkenaan. Pengganas itu kemudian diserahkan kepada pasukan VAT69 dan dibawa ke lokap tahanan sementara untuk disoal siasat.

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Dato’ Seri Zulkifli Zainal Abidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula berkata pasukannya (VAT69) telah menerima pengganas tersebut dari GGK ATM dan sidang media bersama ATM akan diadakan esok. Sehingga kini, jumlah tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) meningkat kepada 111 orang, pengganas ditembak mati 67 dan mayat dibawa keluar 42. — BERNAMA

POLIS KESAN PENGIRIM WANG KE PULAU JOLO BANTU PENGGANAS
Polis mengesan berlaku pengiriman wang ke Pulau Jolo, Filipina oleh beberapa individu dari Sandakan dan Semporna, Sabah bertujuan membiayai kumpulan pengganas di sana.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan keselamatan kini memantau rapi perbuatan individu itu yang mengkhianati negara dan tangkapan akan dilakukan apabila tiba masanya. Beliau berkata, perbuatan menghantar duit ke Pulau Jolo untuk membantu kumpulan pengganas adalah kesalahan yang amat berat dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau mati mandatori.

“Jadi, saya nasihatkan mana-mana individu yang terlibat supaya segera menghentikan tindakan mereka kerana perbuatan itu adalah satu pengkhianatan kepada negara dan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, di sini hari ini.

Tanpa menjelaskan bilangan individu yang terlibat dan amaun yang dihantar, Khalid berkata nilai wang yang dihantar tidak penting kerana tindakan undang-undang tetap sama jika tujuannya membantu musuh negara.

Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, Khalid berkata, seramai 429 individu telah ditangkap dan daripada jumlah itu 116 ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dengan 42 daripadanya telah dibebaskan. Beliau berkata, 42 mayat musuh telah dibawa keluar dari kawasan pertempuran termasuk dua mayat kanak-kanak yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu dua hari lepas, manakala 29 mayat telah dikebumikan.

Dalam pada itu, Khalid berkata, 20 ketua keluarga dari Kampung Tanduo telah dibawa masuk ke perkampungan terbabit pagi ini bersama pegawai dari Pejabat Daerah Lahad Datu bagi membolehkan mereka melawat rumah dan harta benda masing-masing.

Ini adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara serta Majlis Daerah Lahad Datu, dan dibantu Majlis Keselamatan Negeri bagi menilai kerosakan dan jumlah ganti rugi yang perlu diberikan.

Berhubung seorang pengganas Sulu yang menyerah diri di kawasan Kampung Tanjung Batu petang semalam, Khalid berkata keadaan fizikal militan itu yang lesu setelah 15 hari tidak menjamah makanan adalah gambaran kepada keadaan yang dialami saki-baki pengganas yang bersembunyi di kampung terbabit.
“Jadi kita harap pengganas lain yang berada di dalam semak dan paya berhampiran supaya turut berbuat demikian kerana sudah ketiadaan bekalan makanan selain kehilangan arah berikutan pemerintah tentera mereka telah ditangkap,” katanya. – BERNAMA


KAMPUNG TANDUO DI TUTUP DENGAN RASMINYA
Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baharu yang akan diputuskan kemudian. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Feb lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas. "Setakat ini, itu yang kita putuskan, kita akan bincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Beliau berkata penempatan semula penghuni 12 rumah di kampung itu akan dibuat di kawasan berdekatan Kampung Tanduo dan lokasinya akan dikenal pasti dengan kerjasama pengurusan Felda Sahabat.

Hamza turut memaklumkan kawasan Kampung Tanjung Batu kini bebas daripada ancaman pengganas dan pihaknya akan bermesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Daerah Lahad Datu dan ketua masyarakat kampung berkenaan bagi membincangkan proses membenarkan penduduk untuk kembali ke rumah masing-masing. 

Proses penggeledahan dan pembersihan kini diteruskan ke Tanjung Labian dan Tanagian sebelum memasuki kawasan Sungai Bilis dan beliau yakin proses itu mampu diselesaikan segera sebelum memutuskan untuk membenarkan penduduk kembali ke rumah atau sebaliknya, katanya.

Terdahulu, Hamza berkata pasukan keselamatan merampas sepucuk pistol, enam butir peluru dan sebilah parang yang ditinggalkan militan selepas berlaku pertempuran di kawasan Sungai Bilis, Gugusan Labian pagi ini. 

Beliau berkata kejadian pada 7.30 pagi itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang menjalankan operasi pembersihan di kawasan itu sebelum terserempak dengan tiga pengganas yang bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota keselamatan.

Pengganas kemudian melarikan diri apabila diserang balas dan tiada kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak, katanya.

Wednesday, 27 March 2013

HOT !!! DEDAH SIKAP SEBENAR ANWAR !!!


YB Datuk Zulkifli Noordin berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut telunjuk ketua pembangkang itu dengan mereka-cipta bukti palsu mengaitkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Campur tangan Anwar berlaku ketika Zulkifli menjadi peguam bela Cif Inspektor Azilah Hadri, pegawai polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu pada penghujung tahun 2006.
Menurutnya, sepanjang menjadi peguam Azilah, berdasarkan keterangan-keterangannya, tidak ada satu pun bukti yang sahih yang boleh mengaitkan pembunuhan itu dengan Najib dan Rosmah, namun Anwar tetap mendesaknya supaya mereka-cipta bukti palsu untuk mengaitkannya supaya masyarakat percaya pasangan suami-isteri yang tidak bersalah itu terlibat dalam pembunuhan tersebut.
“Saya peguam Inspektor Azilah yang dikatakan bunuh Altantuya itu. Masa itu (juga) saya peguam Anwar Ibrahim.

“Tuan-tuan ingat, kalau Azilah cakap kat saya (bahawa) Najib terlibat, saya tak (akan) guna (bukti pengakuan itu) masa itu,” katanya ketika mengimbau kembali kejadian pembunuhan pada tahun 2006, di mana pada masa itu beliau masih lagi berada dalam PKR dan salah seorang kepercayaan Anwar.
“Walaupun Anwar Ibrahim suruh saya, paksa saya ‘dapatkan itu’ (pengakuan bersumpah) dan isytihar kata Najib terlibat, saya kata saya tidak tergamak.
“Ini kes tuduh orang bunuh tau. Saya tak dengar sendiri (dari mulut Azilah), malahan Azilah bersumpah, dia kata Datuk Seri Najib tidak tahu langsung, dia tak tahu langsung, tak ada kena mengena sikit pun.
“Saya ditekan (Anwar) lagi, suruh dia (Azilah) mengaku, dapatkan surat sumpah, suruh dia mengaku (kata) Najib terlibat, Rosmah pun terlibat.”
Zulkifli yang juga pernah menjadi peguam bela kes liwat I Anwar membuat pengakuan itu ketika berceramah di Bentong, Pahang, 3 Feb.
Menurutnya, sebagai seorang peguam, adalah bersalahan dengan etika perundangan, jika menuduh seseorang itu tanpa bukti, jadi untuk menuduh Najib dan Rosmah terlibat ia memerlukan bukti dan keterangan yang kukuh.
Berdasarkan hasil semakan dan siasatan yang dilakunya, didapati tuduhan yang mengatakan Rosmah berada di tempat pembunuhan, di Puncak Alam, Shah Alam pada hari kejadian adalah fitnah semata-mata.
“Nasib baik masa itu Allah jaga saya, Dia suruh saya semak. Bila semak Datin Seri Rosmah berada di Tabung Haji, buka puasa dengan anak yatim..Ada gambar dia, ada bukti.
“Saya kata macam mana nak tuduh Datin Seri Rosmah yang bunuh Altantuya, bukti jelas dia bersama anak yatim malam itu, pada bulan Ramadhan.”
Menurutnya lagi, walaupun tiada bukti, namun Anwar tetap berkeras mengarahkannya mencari bukti palsu untuk mengaitkan dengan kedua pasangan suami-isteri yang tidak bersalah itu.
“Awak buat juga, cari jalan supaya Rosmah dan Najib dituduh membunuh Altantuya.
“Saya kata, saya tidak boleh terima (arahan) ini, (maka) saya tarik (diri).”
Akhirnya pada pertengahan tahun 2009, Zulkifli meletakkan jawatan sebagai peguam bela Azilah.
Pengakuan Zulkifli di Bentong 3 Februari itu dianggap sebagai pelengkap terhadap pendedahan awal di Dewan Rakyat pada 24 Mac 2010, di mana ketika itu beliau tidak menamakan siapakah tokoh yang telah mengarahkannya melakukan salah guna kuasa yang bertentangan dengan etika perundangan.
Pada 2010, ketika bercakap dalam Dewan Rakyat, Zulkifli mendedahkan beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Najib dan Rosmah mengaitkannya dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.
Ketika membuat pendedahan itu, Zulkifli tidak menyatakan nama pihak yang membuat tawaran, sebaliknya menyifatkannya sebagai ‘pihak ketiga’ yang menawarkan tawaran yang “boleh menggoyahkan iman”.
“Sebab itulah saya menarik diri daripada terus mengendalikan kes tersebut kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan mustahil untuk saya terus bertindak secara profesional sebagai peguam bela kes tersebut.

“Kita perlu ingat, takkanlah OKT-OKT tersebut (Azilah dan Sirul Azhar) sanggup dihukum mati ke tali gantung, kalau benar YAB Perdana Menteri dan isteri terlibat. Saya cukup yakin, pasti mereka akan mendedahkannya, kalau ianya benar.
“Sebagai seorang Islam, kita patut ambil sikap bersangka baik…setahu saya YAB Perdana Menteri telah melakukan sumpah menafikan pembabitan beliau dan setakat ini, tidak ada di antara kita yang berani bersumpah menafikan (apa-apa tuduhan terhadap pihak berkenaan).
“Oleh itu, bersangka baiklah kita sesama Islam dan berpeganglah kepada al-Quran sebagai petunjuk kita, bagaimana kita tidak suka difitnah orang, begitu jugalah kita tidak sepatutnya memfitnah orang lain,” katanya.
“Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN Peguam Syarie bagi Pemohon Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim diatas dengan ini menarik diri dan terhenti menjadi Peguam Syarie yang bertindak bagi Pemohon yang tersebut di dalam prosiding yang disebut di atas.
“Bertarikh pada 22 Rabi’ul Awal 1431 bersamaan 09 Mac 2010,” kata Zulkifli dalam notis tarik dirinya itu.
Sumber - 

MAMPUKAH PAS UBAH PERLEMBAGAAN ???


Mampukah Pas berhadapan dengan PKR dan DAP untuk mengubah Perlembagaan Malaysia menjadi lebih Islamik memandangkan dua rakan sekutunya berusaha menjadikan Perlembagaan Malaysia menjadi lebih liberal dan sekular, jika berjaya menawan Putrajaya.
Pertanyaan ini dibuat berasaskan kenyataan Datuk Nik Mohd Zawawi Salleh, Setiausaha Majlis Syura Pas mendakwa jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, Pas akan mengubah Perlembagaan Malaysia berpaksi kepada Islam sepenuhnya

“Jadi sekarang ini, kita nak balik (kepada agama) supaya negara kita beramal dengan Islam secara keseluruhan dan amalan Islam ini sama sekali tidak bercanggah dengan orang bukan Islam,” kata beliau kepada Antarapos.

“(Perlembagaan) .. sebut Islam sebagai agama rasmi, bukan Islam (sebagai) Perlembagaan negara. Dia ada beza. Kalau diletakkan Islam dalam Perlembagaan negara, maka Islam akan diamalkan secara total.
“Tapi kalau sekadar Islam sebagai agama rasmi, kita lihat sebagaimana hari ini… sembahyang, puasa pun tak ada undang-undang,” dakwa beliau.
“Jadi ini (Perlembagaan dan undang-undang) adalah satu perkara yang perlu kena buat perubahan,” kata beliau.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menafikan parti itu berhasrat untuk meminda Perlembagaan, tetapi hanya mahu memperkasakan Islam di negara ini.
Bagaimanapun kenyataan terbaru daripada Nik Mohd Zawawi membayangkan perselisihan yang semakin ketara di antara Majlis Syura dan Abdul Hadi susulan isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible.
Namun, dalam isu kalimah Allah, Pas masih gagal mengubah status quo keputusan Pakatan Rakyat 8 Januari, apabila Abdul Hadi tidak bersedia membawa keputusan Majlis Syura, 13 Januari untuk dinilai semula dalam mesyuarat Pakatan.
Dalam sidang media terbaru , Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta semua pihak terutama Majlis Syura Ulama Pas agar menghormati pendirian Pakatan Rakyat berhubung isu kalimah Allah.
Pada 8 Januari, Karpal berkata Pakatan Rakyat menetapkan bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah, sekali gus menyahut desakan Setiausaha Agung Lim Guan Eng yang mahu kalimah itu digunakan dalam Bible bahasa Melayu.
Karpal turut mendakwa Majlis Syura Ulama Pas adalah ‘satu bahagian kecil’ dan harus mengikut ketetapan Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
Persoalan tentang kalimah Allah merupakan serpihan kecil daripada isu Negara Islam dan hudud yang menjadi pertikaian di antara Pas, DAP dan PKR.
Sepatutnya, persoalan ini telah selesai dan tidak perlu berbangkit lagi kerana pada 18 Disember 2009, Pas, DAP dan PKR telah menandatangani perjanjian sulit yang disepakati bersama di mana Pas bersetuju menggugurkan slogan Negara Islam, hudud yang menjadi roh parti mereka serta turut bersetuju Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7.
Perjanjian sulit 2009 itu diwakili oleh Presiden Pas, Abdul Hadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Walaupun telah terdapat ‘perjanjian sulit 2009′, namun Anwar, selaku Ketua Pakatan sering diajukan persoalan itu ketika mengadakan dialog dengan masyarakat bukan Islam.
“Orang nak cakap, nak kemukakan, kemukakanlah. Tetapi dua prinsip yang saya nak bagitahu kawan-kawan Cina kita.
“Satu, keputusan apa pun dalam Pakatan Rakyat mesti konsensus (keputusan dipersetujui bersama). Tak ada konsensus, tak adalah.
“Selama ini, saya pengerusikan hampir semua mesyuarat. Jadi, ini tidak berbangkit. Tidak ada konsensus tidak ada dalam Pakatan Rakyat.
“Keduanya, kita sebut Perlembagaan Negara itu ‘paramount’ (agung). Perlembagaan Negara itu ‘supreme‘ (tertinggi),” kata Anwar ketika mengadakan dialog bersama pemimpin masyarakat Cina di
Subang Jaya pada 8 November 2011.

Dalam dialog itu, Anwar menjelaskan beliau sering ditanya kemampuannya sebagai Ketua Pakatan untuk mengawal Pas daripada terus membangkitkan persoalan Negara Islam dan hudud.
“Mereka lahirkan kebimbangan. Dia sokong kita tapi dia mula persoalkan kita, “Adakah awak pasti, awak mampu mendisiplinkan mereka (Pas). Tolong jangan kejadian sama berulang”.
Saya bawa concern (kebimbangan) itu kepada pemimpin Keadilan, DAP dan juga Pas, supaya hal-hal yang sedemikian tidak berulang,” kata Anwar.
Menurutnya lagi pendirian PKR dan Pakatan adalah berasaskan Perlembagaan negara.
“Ada orang tanya saya, kawan-kawan saya Cina tanya, “Anwar nampak sokong Hudud.” You see that, orang tanya saya. “Do you support (Hudud)?.”
“Keadilan punya pendirian ialah bahawa Perlembagaan, okay”.
“Pakatan Rakyat?”. “Pakatan Rakyat kita bincang Perlembagaan, okay,” katanya lagi.

Tuesday, 26 March 2013

NIK AZIZ TETAP AKAN BERTANDING DALAM PRU 13.

NIK AZIZ SAHKAN BELIAU AKAN BERTANDING DALAM PRU 13.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau bukan sahaja akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebaliknya akan terus bertanding sampai bila-bila walaupun jika terpaksa menggunakan kerusi roda ekoran keadaan kesihatannya yang uzur.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau hanya akan berundur daripada politik sekiranya Pas tidak memerlukannya lagi manakala bagi PRU-13, Pas pusat telah membuat keputusan supaya beliau wajib bertanding.

"Saya sebut dah kalau parti suruh bertanding, saya bertanding. Walaupun saya berkerusi roda saya bertanding, kalau parti kata cukup, cukuplah.

"Sekarang ini sudah ada keputusan daripada pejabat agung dua tiga bulan lepas lagi, Nik Aziz wajib bertanding, Setiausaha Agung Pas (Datuk Mustafa Ali) sudah sebut," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.

ALIM ULAMA KELANTAN MENJAUHI PAS !!!



Sekian lama PAS berbangga kerana mendapat dukungan kuat dari golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah, cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama, kali ini segalanya berubah.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan diingati ramai kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.

Di mana-mana sahaja pusat pengajian pondok di Kelantan tika ini, tok guru dan anak muridnya yang pro PAS semakin berkurangan, sedangkan di masa yang sama mereka yang pro UMNO terus berkembang.

Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.

Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin PAS kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.

Ini menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS juga ada tikanya kelihatan seperti kubur untuk PAS.

Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).

Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.

Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.

Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya. 

Hasil dukungan dan sokongan mereka kepada UMNO menyebabkan PAS semakin tempang, dek kerana itu bukan lagi sesuatu yang pelik bila mana banyak aktiviti politik PAS tidak lagi meriah seperti dulu, memaksa PAS mengeluarkan surat arahan kerahan kepada ahli parti demi meramaikan sesuatu majlis yang disertai pemimpin utamanya.

Manakala di pihak UMNO, saban waktu di mana sahaja kempen penerangan dan aktiviti parti di adakan pasti sahaja mendapat sambutan hangat rakyat Kelantan. Hadirin yang datang tidak lagi terhad dari kalangan ahli dan penyokong UMNO, sebaliknya turut melibatkan ramai ahli dan penyokong PAS serta golongan non-partisan.

Senario yang berlaku ini berkait rapat dengan kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP & PKR.

Malah keaktifan UMNO menggerakkan jentera penerangan mendekati rakyat di samping pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini.

Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah. 

Suka atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat, zaman untuknya terus bergoyang kaki di singgah sana pemerintahan negeri kini hanya menghitung hari-hari terakhir. Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah lubang kubur yang besar untuk pemimpin-pemimpin PAS.

UPDATES #LAHAD DATU @250313

DUA MAYAT KANAK2 DIJADIKAN BENTENG MANUSIA OLEH PENGGANAS KIRAM III.
Pasukan keselamatan menemui empat mayat termasuk dua kanak-kanak dalam sebuah rumah selepas berlaku insiden berbalas tembak dengan pengganas militan Sulu dalam sebuah rumah pukul 9.15 pagi tadi.
Seorang kanak-kanak yang cedera dan seorang anggota tentera yang cedera telah diterbangkan ke hospital untuk mendapat rawatan segera.
Kejadian berlaku di Tanjong Batu dekat sini.
2 Mayat Kanak-Kanak  tersebut tidak dapat d pastikan apakah terkena tembakan atau d bunuh oleh pengganas Kiram III atau mati kebuluran atau dijadikan benteng

SEORANG LAGI TALIBARUT DITANGKAP.
SETELAH mendapat berita gembira yang ‘Menteri Pertahanan’ Sulu, Datuk Amir Bahar Hushin Kiram berjaya ditahan di Semporna, Sabah semalam, kami mendapat satu lagi berita terkini yang cukup melegakan.
Ali, anak kepada seorang kepada penduduk kampung yang dipercayai tali barut kepada pengganas Sulu, Mat Bom, juga berjaya ditahan.
Menurut sumber, tangkapan dibuat di kawasan Felda Sahabat, Lahad Datu. Ali ditahan bersama isterinya.
” Ketika ditangkap, kedua-duanya dalam keadaan terkejut dan tidak sempat bertindak balas,” katanya eksklusif kepada Mynewshub.my di sini hari ini.
Untuk rekod, Mat Bom antara orang kampung yang terawal ditahan oleh pasukan polis kerana dipercayai menjadi dalang mengatur pergerakan pengganas Sulu di sekitar Lahad Datu.
Justeru penahanan Ali yang juga anak lelakinya ‘hidup-hidup’ semalam, merupakan satu lagi kejayaan besar pihak keselamatan negara dalam memburu ‘dalang’ di sebalik pencerobohan pengganas Sulu di Sabah.
Tahniah pasukan keselamatan negara!

KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK DI TANJUNG BATU.
Ops Daulat yang dilancarkan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu dekat sini membuahkan hasil apabila mereka berjaya menembak mati empat pengganas yang bersembunyi di dalam sebuah rumah semalam.
Pertempuran pada pukul 9.15 pagi itu turut mengakibatkan seorang anggota tentera cedera di paha kanan akibat terkena tembakan musuh. Seorang pengganas turut tercedera dalam kejadian berbalas tembak tersebut.
Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, ketika operasi, pasukan keselamatan telah menjejaki kehadiran dua pengganas Sulu sebelum mereka melarikan diri ke dalam sebuah rumah lalu berlaku pertempuran.
Katanya, ketika bertempur, salah seorang pengganas telah lari ke dalam sebuah rumah lain yang terletak berhampiran sebelum bertindak membakar kediaman berkenaan. Dia berjaya melarikan diri.
"Kita kemudian telah melakukan pemeriksaan di dalam rumah selepas selesai bertempur sebelum menemui empat mayat iaitu dua dewasa dan dua kanak-kanak. Salah seorang dewasa dan kanak-kanak itu merupakan perempuan.
"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui namun terdapat sedikit bekalan makanan yang disimpan di dalam rumah berkenaan," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 di sini, Ahad.
Zulkifeli berkata mayat itu terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan.

PENGGANAS WANITA KIRAM III DIKEPUNG.
Sekumpulan wanita Sulu yang direkrut menjadi penembak tepat oleh gerombolan pengganas yang diketuai Azzumuddie Kiram yang menceroboh negeri ini sejak 12 Februari lalu, kini dipercayai hidup menderita kerana tiada makanan.

Mereka kini dipercayai hilang arah menyembunyikan diri di dalam hutan selepas Azzumuddie sudah meninggalkan kumpulan tersebut manakala pasukan keselamatan pula giat melancarkan Ops Daulat bagi memburu saki-baki pengganas itu.

Baki pengganas wanita yang bersembunyi kini dipercayai hidup dalam keadaan kusut masai dan badan kurus kerana tiada makanan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya percaya seramai lapan wanita menyertai puak pengganas Sulu dengan seorang daripada wanita itu telah ditembak mati dalam pertempuran pada 1 Mac lalu.

"Memang ada wanita dalam kumpulan pengganas Sulu dan kita sudah menembak seorang daripada pengganas wanita itu," kata beliau pada sidang akhbar di sini kelmarin.

VIDEO PANAS DAN MENYAYAT HATI YANG MESTI DITONTON SEMUA! !!


Edisi khas, video yang menceritakan imbasan dari babak awal krisis pencerobohan Lahad Datu, pengorbanan pasukan keselamatan, kedukaan dan kesedihan, semangat perwira dan suka duka pasukan keselamatan di sepanjang Operasi Op Daulat dilancarkan. 

Hayatilah.



SELAMAT HARI POLIS KE 206.


Monday, 25 March 2013

SEKADAR IMBASAN TRAGEDI #LAHAD DATU.


PAHIT GETIR 20 HARI OP DAULAT


2 Terkorban 3 Cedera  diserang di Kg Tanduo
musuh angkat bendera putih
Sambutan Jenazah Wira Negara di Pergerakan Udara Subang

Anggota PGA Miri Sarawak yang dihantar ke Lahad Datu

Pemimpin No 1 Lawat OP Daulat

Pemimpin no 2 Turut bersama di Op Daulat

Cikgu yang menghina Pasukan Keselamatan termasuk yang sudah terkorban

Rayuan Salah Seorang Bapa Wira Negara yang terkorban

Tragedi Kampung Simunul

Antara Anggota Tentera yang maut

Tan Sri Khalid Abu Bakar Menyambung Tugas Tan Sri Ismail Omar di Lahad Datu

8 Pengganas Warga Asing didakwa atas tuduhan melancarkan Perang Keatas Yang Dipertuan Agong

Pengganas Sulu yang berjaya di Tangkap Hidup-Hidup

Pengganas Sulu Wanita yang ditangkap( Ditembak bertubi-tubi tetapi masih hidup)

Datu Amir Baha, Menteri Pertahanan Kesultanan Sulu?


SUMBER DI PETIK DARI KERIS PUTERA.