UM.31/07: Maznah Mohd Yusof, jurulatih anjing yang dipercayai terlibat rakaman video menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' ditahan petang ini |
Polis hari ini menahan jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof, yang mencuri tumpuan ramai dengan video ucapan Hari Raya Aidil Fitri bersama anjing.
Maznah mengesahkan perkara itu dan memberitahu beliau kini ditahan di Bukit Aman.
Maznah ketika dihubungi Malaysiakini dengan tenang berkata beliau telah disoal siasat oleh polis Cawangan Khas dan pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Mereka tanya niat saya memuatnaik video itu (tiga tahun lalu) dan pekara berkaitan,” katanya.
Peguam Latheefa Koya sewaktu dihubungi berkata Maznah menghubungi beliau sewaktu berada dalam kereta polis.
Katanya, Maznah juga memaklumkan bahawa beliau dibawa ke Bukit Aman dan mungkin akan ditahan selama 24 jam. – Malaysiakini.com
Penerbit video yang didakwa menghina Islam, ‘1 Hari Di Hari Raya’ , Maznah Mohd Yusof, 38, disahkan ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, hari ini.
Perkara itu disahkan oleh peguamnya Latheefa Koya ketika dihubungi Sinar Harian kira-kira jam 6 petang tadi.
Latheefa berkata, anak guamnya ditahan polis kira-kira jam 4.30 petang dan dibawa ke Jabatan Komersial Bukit Aman, Kuala Lumpur untuk diambil keterangan.
"Saya diberitahu bahawa polis dalam proses mengambil keterangan dari Maznah berhubung video ‘1 Hari Di Hari Raya’," katanya.
Semalam, negara dikejutkan kembali dengan sebuah video yang didakwa menghina umat Islam.
Video itu menunjukkan seorang individu membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya.
Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan individu itu memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.
Video itu juga menyiarkan kata-kata "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).
Dalam pada itu, sebuah portal berita hari ini melaporkan, individu berkenaan yang turut dikenali sebagai Chetz berkata, beliau berasa sedih kerana video berkenaan disalah tafsir dan menafikan bahawa tindakannya itu merupakan satu penghinaan kepada Islam.
“Saya sayang agama saya. Saya fikir orang perlu belajar mengenai agama mereka dulu dan tidak membuat tafsiran salah mengenai video saya yang dibuat tiga tahun lalu," katanya. - Sinar Harian

No comments:
Post a Comment