Berikut adalah keputusan undian bagi menentukan 16 pasukan yang telah layak beraksi di saingan Piala Malaysia 2013, edisi ke-87 berada di dalam kumpulan masing-masing yang terdiri daripada kumpulan A , B, C, dan D.
Majlis undian tersebut diadakan di TM Convention Centre, Menara TM, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur pada 27 Julai 2013 dan disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi stesen penyiaran berbayar Astro Arena saluran 801 bermula jam 5.30 petang.
Kumpulan A
1) SELANGOR
2) ATM
3) KL SIME DARBY
4) JOHOR FA
Kumpulan B
1) JOHOR DARUL TAKZIM
2) SELANGOR PKNS
3) T.TEAM
4) KL FELDA UNITED
Kumpulan C
1) KELANTAN
2) PAHANG
3) TERENGGANU
4) NEGERI SEMBILAN
Kumpulan D
1) LIONS XII
2) PERAK
3) SARAWAK
4) KEDAH
1) SELANGOR
2) ATM
3) KL SIME DARBY
4) JOHOR FA
Kumpulan B
1) JOHOR DARUL TAKZIM
2) SELANGOR PKNS
3) T.TEAM
4) KL FELDA UNITED
Kumpulan C
1) KELANTAN
2) PAHANG
3) TERENGGANU
4) NEGERI SEMBILAN
Kumpulan D
1) LIONS XII
2) PERAK
3) SARAWAK
4) KEDAH
JUARA bertahan Piala Malaysia, Kelantan dijangka berdepan tugas getir untuk mengekalkan piala itu bagi tahun kedua berturut-turut apabila diundi dalam kumpulan maut bersama tiga bekas juara.
Pada majlis undian yang diadakan di Pusat Konvensyen TM, di sini hari ini, juara Piala FA 2013 itu diundi dalam kumpulan C bersama dua jiran mereka iaitu Pahang dan Terengganu selain juara tiga kali, Negeri Sembilan.
Juara Liga Super, Lions XII FC sebaliknya berpeluang cerah untuk menempah slot ke suku akhir berdasarkan faktor kelebihan beraksi di atas padang rumput tiruan di Singapura walaupun diletakkan dalam Kumpulan D bersama juara Liga Perdana, Sarawak serta Perak dan Kedah.
Dalam saingan kumpulan A, juara 32 kali, Selangor, yang merupakan naib juara Liga Super musim ini, diundi bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sime Darby FC dan Johor FA.
Pasukan berstatus bintang, Johor Darul Takzim (Johor DT) yang meraih tangga ketiga dalam saingan Liga Super musim ini, bakal mengetuai cabaran dalam kumpulan B bersama tiga pasukan berstatus kelab iaitu Selangor PKNS FC, T-Team dan Felda United FC.
Perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia hanya dijadualkan bermula pada 20 Ogos ini untuk memberi laluan kepada pasukan Kelantan dan ATM yang terlibat dalam Kejohanan Bola Sepak Kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 12 dan 13 Ogos.
FAM masih mengekalkan format lama dengan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan itu layak secara automatik ke peringkat suku akhir manakala perlawanan akhir dijangka berlangsung pada 3 Nov ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil. - Bernama

Kumpulan A | Kumpulan B | Kumpulan C | Kumpulan D |
---|---|---|---|
1- Selangor
2- ATM
3- Sime Darby
4- Johor
| 1- Johor DT
2- PKNS FC
3- T- Team
4- Felda United
| 1- Kelantan
2- Pahang
3- Terengganu
4- Neg. Sembilan
| 1- Lions XII
2- Perak
3- Sarawak
4- Kedah
|
Tarikh dan jadual perlawanan
Fasa | Pusingan | Tarikh | Perlawanan |
---|---|---|---|
Peringkat Kumpulan | Matchday 1 | 20 Ogos 2013 | |
Matchday 2 | 24 Ogos 2013 | ||
Matchday 3 | 27 Ogos 2013 | ||
Matchday 4 | 31 Ogos 2013 | ||
Matchday 5 | 17 September 2013 | ||
Matchday 6 | 21 September 2013 | ||
Suku akhir 1 & 2 | 28 September 2013 | & 04 Oktober 2013 | |
Separuh akhir 1 & 2 | 18 & 19 Oktober 2013 | 25 & 26 Oktober 2013 | |
Final | 03 November 2013 |
No comments:
Post a Comment