Kuala Lumpur: “Saya tertekan dan belum bersedia untuk beri kenyataan berhubung kejadian yang menimpa arwah anak saya,” kata ibu kanak-kanak, Nawal Iris, tiga tahun, yang ditemui lemas dalam kereta miliknya di sini, Khamis lalu.
Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, ketika dihubungi BH, di sini semalam dalam nada lemah meminta semua pihak memahami situasi itu serta memberi ruang kepadanya yang baru kehilangan anak bongsu beberapa hari lalu.
“Maaf, saya belum bersedia, tertekan dan situasi sekarang belum sesuai untuk cerita apa-apa. Sekarang masa tidak sesuai, ada ramai tetamu di rumah tidak putus-putus berkunjung sejak kejadian itu,” jelas guru sebuah sekolah menengah di USJ4, Subang, di sini.
Nor Zatusy kemudian menyerahkan sambungan perbualan menerusi telefon itu kepada adiknya yang hanya memperkenalkan diri sebagai Tini.
Tini berkata, emosi kakaknya terganggu dan mengalami kemurungan selepas peristiwa menyayat hati itu.
“Tiga hari sebelum kejadian, saya menemani kakak (Nor Zatusy) di rumahnya kerana suaminya ada tugasan luar di Pulau Pinang. Kedua-dua anak kakak saya termasuk arwah Nawal Iris tidak dihantar ke rumah pengasuh seperti biasa.
“Saya tidak menyangka kejadian seperti ini berlaku ketika saya menemani kakak dan anak-anak dalam jagaan kami,” katanya.
BH kelmarin melaporkan Nawal Iris yang ditinggalkan ibunya lebih lima jam di dalam kereta, maut dalam kejadian di pekarangan sekolah berkenaan, petang Khamis lalu.
Bedah siasat di Hospital Serdang menunjukkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kepanasan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, polis belum mengambil keterangan ibu bapa mangsa.

No comments:
Post a Comment