ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PRK DUN KUALA BESUT :- PENGIRAAN UNDI DISIAR SECARA LANGSUNG @shaberyc

Thursday 4 July 2013

PRK DUN KUALA BESUT :- PENGIRAAN UNDI DISIAR SECARA LANGSUNG @shaberyc


KUALA LUMPUR 4 Julai - Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat ini untuk membenarkan RTM membuat liputan proses pengiraan undi pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut nanti.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, usaha itu bagi membolehkan seluruh rakyat Malaysia menyaksikan proses pilihan raya yang dijalankan dengan telus dan adil.

"RTM adalah media kerajaan dan kita patut dibenarkan untuk berada di dalam bilik pengiraan undi sehinggalah keputusan diumumkan..."

“Insya-ALLAH saya akan berunding dengan pihak SPR termasuk untuk membenarkan kamera kita berada dalam bilik pengiraan undi."
“Orang tahu mengira undi bermula 5 petang, orang tahu kalau berlaku ‘blackout’ pada 5 petang pun gambar masih terang lagi, orang boleh menontonnya secara langsung."
“Saya akan bincangkan ia dengan pihak teknikal (RTM),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar ‘Media dan pilihan Raya Umum 2013′ anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Kuala Lumpur pagi tadi.
Datuk Seri Ahmad Shabery berkata pertemuan beliau dengan SPR itu akan diadakan dalam masa terdekat.
Kerusi Parlimen Kuala Besut, Terengganu kosong selepas penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada 26 Jun lepas.
Tarikh pengundian dijangka diumum esok selepas SPR mengadakan mesyuarat khas berhubung perkara itu di ibu pejabatnya di Putrajaya.
Ditanya sama ada media lain juga akan dibenar berbuat demikian, Datuk Seri Ahmad Shabery berkata ia mungkin tidak praktikal dan akan menganggu pihak SPR menjalankan tugas.
Sementara itu, Datuk Seri Ahmad Shabery yang juga anggota Parlimen Kemaman berkata beliau yakin BN mampu mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut.
“Difahamkan, jentera pilihan raya pun telah bersedia dan mood rakyat berada dalam keadaan yang baik. Jadi, kita rasa tiada sebab untuk rakyat tidak bersama dengan kerajaan pada hari ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment