ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BAHAYA SYIAH TERHADAP KESELAMATAN NEGARA !!!

Thursday 1 August 2013

BAHAYA SYIAH TERHADAP KESELAMATAN NEGARA !!!


Kementerian Dalam Negeri memperoleh bukti kukuh bahawa penyebaran ajaran Syiah di Malaysia bukan sahaja berbahaya kepada akidah umat Islam malah boleh mengancam keselamatan negara.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasil siasatan dan pemantauan terhadap gerakan itu mendapati terdapat asas akan berlaku ancaman keselamatan sekiranya ajaran tersebut tidak dibendung.

"Ancaman keselamatan ini lebih daripada yang kita tahu menerusi media, biar saya kata ajaran ini harus disekat dari awal bimbang berlaku seperti di beberapa negara di Asia Barat dan Asia Selatan hingga tercetusnya perpecahan."

"Malah, darah selain daripada mazhab mereka adalah halal dan mereka boleh lakukan apa sahaja terhadap penganut agama lain yang tidak ikut mazhab mereka," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kupa di pejabatnya di sini semalam.

Utusan Malaysia semalam melaporkan gerakan Syiah di Malaysia semakin agresif mempromosikan ajaran tersebut apabila cuba membina sebuah kompleks di Gombak, Selangor pada awalnya, namun gagal dan memilih lokasi baru iaitu wilayah di sempadan negara jiran, Thailand untuk membina sebuah markas baru dengan dana sebesar RM24 juta.

Menurut Ahmad Zahid, setakat ini pihaknya masih belum menerima bukti kukuh berkaitan pembinaan kompleks tersebut.

Bagaimanapun, tegas beliau, pihaknya akan membendung ajaran itu daripada merebak kerana boleh mengancam keselamatan negara.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan, tindakan yang diambil pihaknya itu bukan bertujuan membelakangi hak istimewa setiap negeri dan Yang di-Pertuan Agong sebaliknya, mahu memastikan soal keselamatan negara tidak tergugat.

"Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam kita telah membentangkan permasalahan Syiah di Malaysia kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dua minggu lalu dan hasil siasatan ini akan dibentangkan kepada Majlis Raja-raja.

"Kita akan cadangkan hasil siasatan ini kepada Majlis Raja-raja untuk memperakukan penyebaran ajaran Syiah bukan sahaja berbahaya dari aspek akidah tapi juga keselamatan," katanya.

No comments:

Post a Comment