ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PRK DUN KUALA BESUT : AZLAN YUSOF, AHLI PERNIAGAAN CALON PAS !!!

Wednesday 10 July 2013

PRK DUN KUALA BESUT : AZLAN YUSOF, AHLI PERNIAGAAN CALON PAS !!!



9 Julai 2013- Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu telah mengadakan Ceramah Perisytiharan Calon PAS PRK  Kuala Besut bertempat di Kawasan Lapang Kampung Nail, Kuala Besut, Majlis yang dipengerusikan oleh Wan Azhar bin Wan Ahmad YDP PAS Kawasan Besut manakala perisytiharan calon PAS di umunkan oleh YB Dato Seri Abd Hadi bin Awang.
chelong1
PAS memilih  Azlan Yusof muka baru menjadi calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut iaitu seorang ahli perniagaan di Kuala Besut, cakap-cakap di kalangan penyokong PAS yang hadir semasa pengumuman calon dan mempertikaikan mengapa mengetengahkan calon PAS berkelulusan SPM , walaubagaimanapun diharapkan calon ini bukan seperti yang disangkakan.
Kehadiran yang hambar lebih kurang 1000 lebih dan kebanyakan yang hadir adalah daripada penyokong PAS yang bukan dari penduduk Kuala Besut  telah di adakan di Kawasan Lapang Kampung Nail, Kuala Besut. Antara kepemimpinan yang hadir adalah Mohamad Sabu-Timb Presiden PAS Pusat, YB Dato Husam bin Musa-Naib Presiden PAS Pusat, Dato Mustaffa bin Ali dan YB Mohd Abd Wahid bin Endut-Pesuruhjaya PAS Terengganu.
Pada majlis tersebut PAS juga telah melancarkan derma secara besar besaran bagi membantu calon yang bakal bertanding & memudahkan pergerakan Parti..

Kiri Calon BN: Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, 
Jurutera Awam Jabatan Pengairan dan Saliran

Kanan Calon PAS: Azlan @ Endut Yusof, 48, 
ahli perniagaan

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bakal menyaksikan pertembungan calon profesional dan ahli perniagaan. Barisan Nasional (BN) menampilkan Jurutera Awam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, bagi mempertahankan kerusi itu, manakala PAS pula meletakkan ahli perniagaan, Azlan @ Endut Yusof, 48.

No comments:

Post a Comment