Memang sesuatu yang cukup mengejutkan apabila sebuah filem yang pro komunis dengan mudah dapat ditayangkan manakala filem sejarah perjuangan Bekas Perdana Menteri kita ditangguhkan banyak kali seolah-olah ianya merupakan sebuah filem “jenayah berat”. Kami rakyat Malaysia menuntut perkara ini dihakimi dengan sewajarnya.
Ini menunjukkan tanda-tanda yang amat ketara bahawa mereka yang bertanggungjawab dalam memberi kelulusan penayangan filem merupakan pihak yang menyokong pembangkang. Sekiranya mereka ini menafikan bahawa mereka dari pihak pembangkang, adakah mereka cuba memberitahu rakyat bahawa mereka merupakan pengecut tahap kronik yang melutut kepada pembangkang.
Filem pro Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero berjudul The New Village bakal ditayangkan di pawagam Negara kita mulai 23 Ogos yang merupakan bulan kemerdekaan negara. Tayangan trailer filem tersebut menceritakan kisah masyarakat Cina di Kampung Baru telah mula tersebar sejak minggu ini.
Astro Shaw jelas amat tidak sensitif terhadap penderitaan mangsa kekejaman komunis terutamanya bekas perajurit ataupun sebenarnya mereka merupakan penyokong tegar pihak pembangkang. Maka pihak-pihak yang terlibat harus menbuka mata dan telinga mereka agar tidak terlepas pandang perkara-perkara penting yang mampu menggugat keselamatan Negara.
Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Komunikasi & Multimedia wajib mengambil tindakan sewajarnya jika benar filem tersebut mengagungkan komunis seperti dalam tayangan trailer. Filem sejarah negara seperti Tanda Putera telah ditangguh beberapa kali akibat desakan bukan Melayu yang berterusan cuba menukar sejarah perjuangan Negara kepada pro komunis.
Assalamualaikum DS Shabery Cheek,
Kelulusan tayangan filem 'The New Village' menimbulkan kegusaran kami kerana setelah penelitian dibuat,filem ini secara halus mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai hero dan meletakkan Rejimen Askar Melayu dan Polis yang ketika itu berkhidmat dengan British sebagai musuh dan 'orang jahat' yang perlu dihapuskan.
Justeru,dengan bidang kuasa Dato' sebagai menteri penerangan,kami mengharapkan penjelasan dari pihak dato' dan FINAS berkenaan:
1)Apakah kriteria yang digunapakai FINAS dalam meluluskan tayangan filem ini?
2)Mengapa filem 'Tanda Putera' begitu sukar mendapatkan kelulusan sedangkan filem ini hampir tiada sekatan dan tahu-tahu sahaja,ia bakal ditayangkan.
Semoga penjelasan dan tindakan sewajarnya dapat diambil oleh pihak Dato' sebelum timbul perkara-perkara yang tidak diingini hasil dari kemarahan orang ramai terhadap filem ini.
- Sidang Redaksi Admin Vat 69 - PS dan Rakyat Malaysia-
RESPON MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA.
Syabas kepada Pak Menteri , DS Shabery Cheek yang cepat respon isu filem agungkan PKM iaitu The New Village yang didedahkan di blog dan menjadi isu utama di Utusan Malaysia hari ini . Kita tunggu jawapan dari FINAS dan SKMM dan ia akan diharamkan untuk tayangan di negara ini.
DAN INI PULA RESPON MENTERI DALAM NEGERI
Pihak Lembaga Penapisan Filem(LPF) telah ambil keputusan untuk MENAHAN tayangan filem ini bagi mengelakkan kontroversi... Ianya akan diteliti semula terutamanya mesej2 tersembunyi termasuk perkara yang berkaitan dengan komunis... - Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi
No comments:
Post a Comment