Pas akan mengumumkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Selasa ini 9 Julai 2013.
Pengarah PRK Dun Kuala Besut, Satiful Bahri Mamat bagaimanapun berkata, tarikh itu masih dalam perancangan dan tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan serta bergantung kepada keadaan.
Beliau berkata, pengumuman calon mungkin dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sebelah malam.
“Jadi, kita mungkin akan menyelesaikan isu calon dalam masa terdekat,” katanya.
Beliau berkata, pengumuman calon mungkin dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sebelah malam.
“Jadi, kita mungkin akan menyelesaikan isu calon dalam masa terdekat,” katanya.
BN juga dijangka akan mengumumkan calon parti itu pada hari sama, 9 Julai ini berdasarkan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
SPR menetapkan tarikh PRK Dun Kuala Besut pada 24 Julai ini, manakala penamaan calon pada 12 Julai.
SPR menetapkan tarikh PRK Dun Kuala Besut pada 24 Julai ini, manakala penamaan calon pada 12 Julai.
No comments:
Post a Comment