ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PUNCA KENAPA MASIH RAMAI BELUM TERIMA BR1M 3.0 ???

Saturday, 1 March 2014

PUNCA KENAPA MASIH RAMAI BELUM TERIMA BR1M 3.0 ???



Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2014 atau BR1M 3.0 telah mula diagihkan kepada golongan sasaran bermula 22 Februari 2014 yang lepas.

Pemohon yang telah mengemaskini akaun bank untuk menerima bantuan BR1M 3.0 sudah semestinya bersyukur dan senang hati kerana bantuan BR1M telah dapat dengan mudah kerana ianya terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing tidak seperti tahun sebelumnya.

Tetapi disebalik berita gembira itu, timbul berita yang akan merisaukan ramai orang kerana terdapat segelintir rakyat yang sudah mengemaskini akaun bank tetapi masih tidak dapat bantuan BR1M 3.0.

Menurut sumber Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Handzlah, terdapat segelintir pemohon yang sudah mengemaskini akaun bank tetapi masih belum mendapat bantuan BR1M kerana  menghadapi sedikit masalah teknikal berkaitan pengagihan bantuan tersebut dan perkara tersebut sedang di atasi dengan sebaik mungkin.

Selain itu, mereka yang tidak mengemaskini akaun atas sebab dan alasan tertentu akan dapat bantuan BR1M secara berperingkat sehingga 15 Mac 2014.

No comments:

Post a Comment