ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: LELAKI SEPARUH BOGEL DENGAN KESAN TETAK DI TEMUI MATI DI TEPI JALAN !!!

Saturday 1 March 2014

LELAKI SEPARUH BOGEL DENGAN KESAN TETAK DI TEMUI MATI DI TEPI JALAN !!!



Alor Gajah: Seorang lelaki berusia 22 tahun dengan kesan tetak di belakang kepala dan badan selain putus telinga kanan ditemui mati di Jalan Hutan Percha - Machap, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mayat mangsa, K Viswanathan, ditemui tertiarap di dalam longkang tepi jalan dalam keadaan separuh bogel. 

Kejadian disedari selepas orang ramai yang melalui jalan berkenaan nampak sebuah motosikal yang terbalik sebelum menemui mayat mangsa. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
MyMetro

No comments:

Post a Comment