ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KES LIWAT II : DSAI GAGAL KALI KE3 UNTUK GUGURKAN SHAFEE ABDULLAH SEBAGAI PENDAKWA UTAMA !!!

Monday 3 March 2014

KES LIWAT II : DSAI GAGAL KALI KE3 UNTUK GUGURKAN SHAFEE ABDULLAH SEBAGAI PENDAKWA UTAMA !!!



PERCUBAAN tanpa serik Datuk Seri Anwar Ibrahim kali KETIGA untuk mengugurkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada menjadi pendakwa utama dalam kes liwatnya gagal lagi petang tadi.


Ini selepas Hakim Mahkamah Rayuan Balia Yusof Wahi memutuskan bahawa permohonannya merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.



Pada 11 Febuari lalu, pasukan panel lima hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara menolak permohonan Anwar tersebut ekoran terdapat kenyataan luar yang hanya dibawa ke mahkamah tetapi tidak ditampilkan bersama bukti kukuh.



“Keputusan kami selepas melihat keputusan ini, untuk mengesahkan kelayakan Tan Sri Shafee menjadi pendakwaraya ekoran kenyataan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang hanya dibuat di luar mahkamah dan beliau tidak hadir."



“Jadi kami tidak boleh terima itu,” kata Zulkefli.



Empat panel hakim yang hadir prosiding hari ini ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Suriyadi Halim Omar, Datin Paduka Zaleha Zahari dan Datuk Jefrey Tan Kok Wha.



Anwar dalam pada itu berkata, adalah sukar untuk menerima keputusan itu bagaimanapun menegaskan akan terus lawan.



“Susah untuk lawan peguam Umno dan mereka selalu menggunakan peguam Umno,” katanya.



Keputusan terhadap rayuan Anwar itu perlu dibuat pada hari ini bagi membolehkan rayuan pihak pendakwaan dalam kes liwat terbabit di Mahkamah Rayuan dapat dijalankan seperti yang dijadualkan sebelum ini iaitu pada Rabu dan Khamis ini.



Anwar mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 Disember tahun lalu yang menolak permohonan keduanya itu yang bersandarkan kepada akuan berkanun (SD) bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim .



Pada 20 Disember tahun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Aziah Ali, sebulat suara menolak permohonan itu dan memutuskan bahawa pelantikan Muhammad Shafee adalah mengikut undang-undang.



Anwar, 66, memfailkan permohonan kedua untuk mengetepikan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuannya terhadap pembebasan pemimpin pembangkang itu daripada tuduhan liwat dengan menggunakan maklumat daripada perisytiharan berkanun yang dibuat Mat Zain.



Permohonan pertama Anwar ditolak Mahkamah Rayuan pada 17 September tahun lepas dan berikutan itu, beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, tetapi turut ditolak.

- Agendadaily.com

No comments:

Post a Comment