ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI : PEMBINAAN LEBUHRAYA KB-KK DITERUSKAN !!!

Sunday, 2 March 2014

TERKINI : PEMBINAAN LEBUHRAYA KB-KK DITERUSKAN !!!


KOTA BHARU: Kerja pembinaan Fasa 1B Lebuhraya Kota Baharu-Kuala Krai sejauh tujuh kilometer di Kelantan membabitkan kos RM168.5 juta dijangka bermula April depan. 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata Kerajaan Pusat sudah mengeluarkan surat melaksanakan projek fasa 1B dari Pasir Hor ke Kadok di sini, kepada sebuah syarikat tempatan. 

"Masih terdapat beberapa masalah teknikal yang perlu diselesaikan dan saya dimaklumkan bahawa syarikat berkenaan akan memasuki tapak pada 7 April ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Wisma Persekutuan Bebas Asap Rokok (Wisbar) di sini hari ini. 

Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, berkata projek itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. 

Beliau berkata, pihaknya akan berusaha mempercepat proses fasa 2A iaitu pembinaan lebuh raya dari Kadok ke Ketereh, sejauh 6.4 kilometer. 

"Kita sedang berusaha supaya tender dapat dikeluarkan lebih awal kerana kita tahu yang walaupun tender dikeluarkan awal, tetapi keputusan mungkin tahun depan," katanya. 

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, berkata pihaknya akan mencari jalan bagi membina lebuh raya itu, keseluruhannya sepanjang 74 kilometer yang menghubungkan negeri Terengganu. 

"Kita akan berusaha bersungguh-sungguh kerana kita tahu yang lebuh raya ini adalah projek yang penting dan setakat ini ada dua fasa, projek ini tidak berakhir di sini sahaja," katanya. 

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan, Datuk Makhtar Mustapha; Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher; dan Timbalan Ketua Polis Negeri Kelantan, Datuk Mazlan Lazim. 
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment