Perdana Menteri juga telah mengisytiharkan jambatan kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Pengisytiharan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Fakta Menarik Jambatan Kedua Pulau Pinang
- Menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang.
- Jambatan ini menelan kos kurang RM 4.5 bilion.
- Usaha sama antara China Harbour Engineering Company Ltd dan UEM Builders Bhd, yang bermula pada 2008.
- Mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.
- Empat lorong dengan dua lorong motosikal dibina di atas jambatan ini.
- Panjang jambatan ini ialah 24 km (15 batu). 17 km (10 batu) daripada jambatan ini merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau dan Seberang Perai.
- 1.5 km (1 batu) berada di kawasan Batu Maung, sementara 6 km (3 batu) berada di kawasan Batu Kawan.
- Enam persimpangan lebuh raya dibina dalam projek ini.
- Mempunyai dua platform yang meliputi kawasan perkhidmatan & rehat di persimpangan tengah.
- Ia direka seakan-akan menyerupai mutiara.
- Kawasan rehat ini akan menjadi kawasan rehat lebuhraya terapung pertama di Malaysia.
No comments:
Post a Comment