ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: VIDEO BANGKAI BAS NAHAS GENTING DIKELUARKAN DARI GAUNG !!!

Saturday 24 August 2013

VIDEO BANGKAI BAS NAHAS GENTING DIKELUARKAN DARI GAUNG !!!

Genting Highlands: Operasi mengeluarkan bangkai bas yang terjunam ke dalam gaung di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands, Rabu lalu, berjaya dinaikkan pada jam 12.45 tengah hari semalam selepas lebih dua jam gerakan dijalankan.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohd Mansor Mohd Nor berkata, seramai 160 anggota keselamatan terbabit dalam operasi berkenaan yang bermula jam 10 pagi.
“Pihak kami mengambil masa dua jam 45 minit untuk membawa naik bas seberat tiga tan ini dengan menggunakan sebuah kren yang mampu mengangkat bebanan seberat 200 tan,” katanya kepada media di lokasi kejadian di sini, semalam.
Mohd Mansor berkata, selepas bas berkenaan dinaikkan terdapat kebocoran pada tangki minyak.
“Pihak kami terpaksa mengambil langkah keselamatan kerana bimbang kemungkinan berlakunya kebakaran dan letupan selepas diesel tumpah ke atas jalan.
“Selepas semuanya disahkan selamat barulah siasatan fizikal ke atas bas dijalankan pasukan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn Bhd (PUSPAKOM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan raya Malaysia (MIROS) dan Unit Forensik,” katanya.
Beliau berkata, siasatan akan membabitkan beberapa proses termasuk meleraikan komponen penting seperti tayar dan dram brek.
“Selepas semua pasukan yang menjalankan siasatan ini berpuas hati barulah bas akan ditunda ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai beberapa lagi mayat mangsa kemalangan yang belum dikenal pasti dan dituntut keluarga, Mohd Mansor meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau saudara tampil menghubungi Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan maklumat lengkap. - MyMetro

No comments:

Post a Comment