ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KELEBIHAN BERSELAWAT KEPADA RASULULLAH.

Thursday 1 August 2013

KELEBIHAN BERSELAWAT KEPADA RASULULLAH.


MEMANG RUGI YANG AMAT SANGAT ORANG YANG TIDAK MAHU BERSELAWAT... Bukan payah pun, bukan kena bayar pun,bukan penat pun..  

SYAFAAT dari sudut istilahnya adalah PENGANTARA BAGI SESEORANG DALAM HAL MENDAPAT MANFAAT ATAU MENJAUHKAN DARIPADA HAL MUDHARAT... MENDAPAT MANFAAT ertinya ialah, syafaat Nabi Muhammad SAW bagi ahli Syurga supaya masuk ke dalam Syurga.... MENJAUHKAN MUDHARAT pula ertinya ialah, syafaat Nabi Muhammad SAW bagi mereka yang akan dimasukkan ke dalam Neraka agar terselamat darinya... 

APA TUJUAN SYAFAAT ni? “Agar memperlihatkan kemuliaan Nabi Muhammad SAW atas sekalian manusia yang lainnya.”... Apabila selesai perhitungan (hisab) dan berjaya melintasi TITIAN, Ahli Syurga mendapati pintu Syurga tertutup, sehinggalah Baginda memohon syafaat agar dibukakan bagi mereka.... Hadith Anas bin Malik: Rasulullah bersabda:

آتي باب الجنّة يوم القيامة فأستفتح, فيقول الخازن: من أنت؟ فأقول: محمد. فيقول: بك أُمِرتُ أن لا أفتح لأحد قبلك

Maksudnya: “Pada hari kiamat, aku mendatangi pintu Syurga dan meminta agar ianya dibuka.. Maka berkata penjaga pintu: Siapakah engkau? Aku menjawab: Muhammad... Lalu ia berkata: Demikianlah aku diutuskan agar tidak membukanya bagi sesiapa pun sebelum kamu.” (HR Muslim)....

SIAPA YANG BERHAK MENDAPAT SYAFAAT NABI S.A.W.? Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah ORANG YANG LEBIH BANYAK SELAWATNYA KEPADAKU." (Hadis Riwayat Ibn Mas'ud r.a)... Dalam hadith yang lain, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: "BARANGSIAPA BERSELAWAT KEPADAKU di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya." (HR Al Baihaqi dan Al Khatib)...

SYAFAAT NABI DI AKHIRAT NANTI ADA 5 JENIS:

1] Syafaat untuk MEMBEBASKAN UMAT MANUSIA DARIPADA KEDAHSYATAN Padang Mahsyar...

2] Syafaat untuk MEMASUKKAN KE DALAM SYURGA TANPA HISAB dan perhitungan apa pun..

3] Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, AGAR DICABUT HUKUMAN itu...

4] Syafaat MENGELUARKAN MEREKA YANG BERDOSA, dari azab neraka...

5] Syafaat untuk MENAIKKAN KE TINGKAT YANG LEBIH TINGGI di syurga....

Daripada Jabir bin Abdillah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang berdoa ketika mendengar seruan azan dengan doa: "Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan Azan dan sembahyang yang didirikan, kurniakanlah kepada penghulu kami Nabi Muhammad SAW. ketinggian dan kelebihan serta kedudukan yang terpuji yang Engkau telah janjikan" nescaya dia akan mendapat syafaatku pada hari kiamat kelak". (Riwayat Imam Bukhari di dalam kitab sahihnya)




No comments:

Post a Comment