ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: NAHAS BAS DI GENTING : 37 ORANG DISAHKAN MAUT, 16 CEDERA.

Wednesday 21 August 2013

NAHAS BAS DI GENTING : 37 ORANG DISAHKAN MAUT, 16 CEDERA.


KARAK: Seramai 37 orang disahkan maut manakala 16 cedera dalam kemalangan bas persiaran yang terhumban ke dalam gaung di KM3, Jalan Genting Highlands menghala Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang tadi.

Daripada angka tersebut, 24 dipercayai lelaki dan 13 lagi perempuan.

Jumlah penumpang bas yang mula-mula dijangka hanya 49 orang juga, kini meningkat kepada 53 apabila polis menemui 4 lagi mayat.

Kerja-kerja oleh anggota bomba dan penyelamat telah dijalankan untuk mengeluarkan mangsa, dan kini kerja-kerja mencari telah pun tamat.

Seramai 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi menyelamat bagi nahas tersebut.

Menurut sumber, bas itu terhumban ke dalam gaung sedalam 60 meter.

Difahamkan, seorang wanita menjadi mangsa pertama dikeluarkan dari lokasi kemalangan kira-kira pukul 3.30 petang.

Sebanyak 30 ambulan difahamkan ditugaskan untuk membawa mangsa ke hospital berhampiran.

Difahamkan keluarga mangsa terlibat menunggu di Hospital Selayang dan Hospital Besar Kuala Lumpur.

Mangsa difahamkan sudah mula dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur namun sumber enggan mengulas lanjut.

Kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu bas untuk mengawal bas berkenaan sehingga merempuh penghadang jalan sebelum terjunam ke dalam gaung.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah merupakan antara kenamaan yang terawal tiba memantau operasi menyelamat.


   
Berikut senarai yang menerima rawatan di HKL:
1. Wong Teraphong, 63 - Thailand 
2. Ali Haider Syed Haider , 46 - Bangladesh
3. Saidah, 19 - Malaysia 
4. Razif, 26 - Malaysia
5. Tan Ming Shing, 26 - Malaysia

Berikut nama mangsa yang cedera dan dirawat di Hospital Selayang
1. Raawnok Arefin, 14 - Bangladesh
2. Nu Syamimi Ja'afar, 25 - Malaysia
3. Nur Fathiah Ja'afar, 21 - Malaysia
4. Rashidah Buyah, 50 - Bangladesh
5. Andri Purwadi, 25 - Indonesia
6. Nurul Quraitul Aini, 19 - Malaysia
7. Rezyan Arefin, 24 - Bangladesh
8. Nur Fridil Gusman, 23 - Indonesia











No comments:

Post a Comment