ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SALAM AIDILFITRI

Wednesday, 7 August 2013

SALAM AIDILFITRI




Assalamualaikum,

Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negara ini. Ia merupakan hari kemenangan kepada umat Islam setelah berpuasa selama sebulan.

Ambillah kesempatan perayaan ini untuk meningkatkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan, juga mengekalkan hubungan dengan Allah yang dibina sepanjang Ramadan.

Ada Mata Pandanglah Kebesaran Tuhan,
Ada Mulut Berkatalah Tentang Kebenaran,
Ada Hati Ingatlah Kepada Tuhan,
Ada Salah Silap Sentiasalah Maafkan,

Ada ketikanya… 
MATA silap memandang, 
TELINGA salah mendengar, 
LIDAH terlanjur berkata, 
FIKIRAN khilaf mentafsir & 
HATI silap menduga...

Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dengan rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ...
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Ikhlas Daripada Hambali Abdullah sekeluarga.

No comments:

Post a Comment