ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: RAJUK HUSAM BERPANJANGAN !!!

Friday 23 August 2013

RAJUK HUSAM BERPANJANGAN !!!


AIDCNews – 22/08/13 – Bekas Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa membuat kejutan apabila menolak tawaran lantikan menjadi pengerusi kepada dua anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC) Kelantan, Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd dan Tunjong Devenlopment Coporation (TDC).
KGT adalah syarikat yang dibentuk oleh kerajaan negeri untuk menjalankan perniagaan wang emas dinar dan dirham Kelantan yang turut berfungsi untuk membangunkan Bandar Baru Tunjong.
Kedua-dua GLC yang ditawarkan itu sebelum ini pernah dipengerusikan oleh Husam semasa masih menjadi Exco kanan kerajaan negeri di bawah pimpinan bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Saya memohon maaf tidak dapat menerima pelantikan itu. Jika diberi pilihan, saya lebih berminat untuk mempengerusikan (anak syarikat) Baldah Toyibbah yang dilantik sebagai peneraju utama pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, saya bertanggungjawab untuk memastikan pembinaan lebuh raya tersebut menjadi kenyataan,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam portal themalaysianinsider.com menyatakan Kerajaan Negeri melantik Husam mempengerusikan dua anak syarikat Kerajaan Negeri bagi membolehkannya menyumbang kepada Kelantan.
Husam turut berkata kepada themalaysianinsider.com bahawa beliau tidak pernah pernah dirunding mengenai penguguran jawatannya dalam GLC selepas tidak lagi dilantik sebagai exco kerajaan negeri.
“Saya tidak pernah dirundingi untuk perlucutan dan pelantikan mana mana anak syarikat,”katanya yang difahamkan Husam telah digugurkan daripada mengetuai lima dari tujuh anak syarikat Kerajaan Negeri di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Husam turut mencadangkan agar kerajaan negeri melantik satu audit bebas untuk mengenal pasti punca kerugian beberapa GLC seperti KPK (Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd) dan Ladang Sungai Relai Sdn. Bhd

No comments:

Post a Comment