ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KES RITUAL BUDHA DISIASAT DIBAWAH KANUN KESEKSAAN

Monday 12 August 2013

KES RITUAL BUDHA DISIASAT DIBAWAH KANUN KESEKSAAN


Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Mohd. Nor Rasid mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berkaitan sekumpulan dipercayai penganut agama Buddha yang mengadakan ritual keagaaman di dalam sebuah surau pada petang 10 Ogos lalu.

Jelas Mohd Nor, pihaknya yang menerima laporan daripada penduduk tempatan telah ke tempat kejadian dan pada ketika itu aktiviti ritual tersebut telah dihentikan.

“Pihak kami telah menerima laporan dan kami akan menjalankan siasatan lanjut.

“Kes tersebut diklasifikasikan dibawah Kanun Keseksaan,” jelas Mohd Nor ketika dihubungi MyNewsHub sebentar tadi.

Pada masa yang sama, Mohd Nor turut menjelaskan pihaknya tidak membuat sebarang rampasan harta benda atau peralatan yang digunakan dalam aktiviti ritual keagamaan tersebut.

Dalam kejadian pada 10 Ogos lalu, sekumpulan dipercayai penganut agama Buddha telah menjalankan upacara sembahyang atau ritual keagamaan dalam sebuah surau di Tanjung Sutera Resort, Tanjung Sedili di sini.

Dalam video amatur yang dimuat naik oleh seorang pengunjung resort tersebut, jelas menunjukkan aktiviti ritual keagamaan itu diadakan di sebuah ruang solat kerana terdapat beberapa tulisan ayat suci Al-Quran di dinding surau berkenaan.

Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment