ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: IKLAN RAYA YANG MENYAYAT HATI.

Thursday, 1 August 2013

IKLAN RAYA YANG MENYAYAT HATI.

Satu pengajaran untuk semua dan khasnya cikgu, terkadang terlalu lambat untuk mengerti, bertindak dulu baru siasat. Yang terbaik siasat dulu baru bertindak..... dan jangan sesekali pilih kasih dalam memberi bantuan, semua bangsa dan agama dipandang sama rata. Itulah cara Allah memandang.

Kadangkala kita mengeluh apabila dilanda sesuatu dan terlalu mudah membuat andaian bahawa kita adalah insan yang paling malang. Tetapi kita terlupa untuk melihat di sekililing kita. Ada manusia yang lebih malang tapi masih mampu untuk tabah meneruskan liku-liku kehidupan. 

Luangkanlah sedikit masa anda bagi menonton video yang sarat dengan mesej untuk diri kita supaya menghargai apa yang ada pada kita seadanya.

Sekadar renungan buat kita semua. Semoga Allah memberkati kita semua. 



Sungguh Terkesan..... menitis air mata....
Filem pendek dipetik daripada pengalaman seorang guru yang dedikasi dan kisahnya dicoretkan dalam laman sosial. Mengisahkan seorang murid yang hidup miskin tetapi mempunyai ketabahan dan iltizam untuk meneruskan persekolahan.



No comments:

Post a Comment