Semua orang tahu tentang gadis Melayu. Gadis Melayu juga terkenal diserata dunia dengan penampilan ketimuran yang menjadi igauan lelaki tak kira dari negara mana sekali pun. Tapi apakah itu semua hanya igauan semata-mata? Adakah gadis Melayu sekarang hanya ada pada nama saja? Di manakah nilai-nilai ketimuran yang ada dalam diri mereka sekarang ini?
Tapi kita semua yakin tak semua gadis Melayu yang berperwatakan tidak senonoh. Tak semua yang sanggup buat apa saja demi mencari kemewahan, glamor dan sebagainya. Tapi disebabkan sesetengah gadis Melayu sendiri yang jatuhkan martabat mereka, ada pihak yang tak bertanggungjawab menghina kaum hawa ini.
Apakah kita mahu 'promosi' gadis Melayu seperti yang di dalam laman sosial ini? Adakah dengan promosi seperti ini boleh menaikkan imej dan martabat gadis Melayu? Kita lihat sendiri sebuah laman sosial dikesan mempergunakan gambar-gambar gadis Melayu dengan status berbaur seks.

Laman Facebook https://www.facebook.com/pages/Awek-melayu-malaysia/278671385592810 yang mula diwujudkan sejak 21 Januari 2013, mendapat sambutan hangat dan hingga ke hari ini sudah menghimpun 19,515 pengikut. Adakah gadis Melayu senang untuk kita dapat seperti 'SAMPAH'? FB ini didapati memuatnaik gambar-gambar gadis Melayu dengan pelbagai aksi lalu diletakkan status yang kurang sopan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada gadis-gadis yang dipaparkan dalam FB ini menyedari atau tidak gambar mereka telah digunakan di sini. Maruah gadis Melayu murah seperti inikah? Sudah pasti pandangan seperti ini yang masyarakat akan lihat walaupun perkara seperti ini sudah terjadi dalam masyrakat kita.
Apa yang pasti, laman sebegini tidak ada faedahnya malah hanya mengundang salah laku moral dan menggalakkan aktiviti porno.
Sesuatu harus dilakukan agar FB ‘Awek melayu malaysia’ ini ditutup terus. Kepada pihak berkuasa harus memantau agar laman sosial seperti ini tidak lagi berleluasa. Seolah-olah senang gadis Melayu ini boleh dibeli dengan wang ringgit. Pada gadis Melayu, korang ada otak...ada maruah, fikirkanlah sendiri.

Biasa tu baaa...
ReplyDelete