ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TAHNIAH TSAM & TRW UNTUK GELARAN TREBLE MUSIM 2012

Sunday, 21 October 2012

TAHNIAH TSAM & TRW UNTUK GELARAN TREBLE MUSIM 2012

SYUKUR ALHAMDULILLAH dan ambo ucapkan tahniah kepada Tan Seri Anuar Musa dan pasukan “The Red Warriors” kerana berjaya menjuarai Piala Malaysia edisi 2012 untuk kali kedua, sekali gus mencatatkan rekod treble, di Stadium Shah Alam malam tadi.




Tahun 2012 adalah merupakan tahun gilang gemilang buat rakyat Kelantan kerana pasukan “The Red Warriors” di bawah pimpinan Tan Seri Anuar Musa telah memecah rekod meraih gelaran "treble' dimana sebelum ini Kelantan muncul Juara Liga Super selain menjuarai Piala FA buat julung kali selepas menewaskan pasukan kelab, Sime Darby 1-0 di stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 Mei lepas.

Ambo sebagai rakyat Kelantan cukup terharu dengan sokongan tidak berbelah bagi rakyat Kelantan termasuk pemimpin politik dari UMNO (Dato' Sri Mustapha Mohamed & Datuk Dr. Awang Adek Hussin) dan PAS (Dato' Ahmad Yaakob-TMB) yang turut hadir ke Stadium Shah Alam yang melambangkan semangat kesukanan yang tinggi dikalangan pemimpin kita.

Cuma apa yang ambo sedikit rasa terkilan masih lagi ada manusia yang tidak bertanggungjawap membawa masuk dan mengibar bendera parti (PAS) dalam stadium dihadapan puluhan ribu penonton yang hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia malam tadi. Situasi ini sudah semestinya mecacatkan suasana dan kemeriahan penonton kerana ambo yakin penonton yang hadir adalah dari pelbagai lapisan masyarakat dan berlainan fahaman politik yang mungkin menyentuh sensitiviti dan kemarahan di pihak lain.

Dan yang paling ambo sedih sekali....Di saat rakyat Kelantan meraikan kemenangan  “The Red Warriors” meraih gelaran treble dan dikongsi bersama-sama rakan dalam facebook. Adalah seorang hamba ALLAH yang posting gambar ni....


Ambo malas beri komen atau ulasan lanjut berkenaan dengan "gambar edit" di atas  sebab ambo rasa "adik kakok" pun jenis manusia ada akal fikiran, cuma ambo nak tunjukkan yang di bawah ini adalah  gambar sebenar dan ambo rasa "adik kakok" pun ada tengok di stadium secara "live" atau melalui kaca TV.


Psssstt :-Keno ingat wehhh .... Kito mene male tadi tuh buke sbb "TOK GURU" solat Hajat tapi berkat semangat berpasukan dan kerja kuat para pemain TRW ... 
DAN YANG PENTING SEKALI
 Berkat TSAM dok berdoa di Mekah minta pasukan TRW mene dan dapat ANUGERAH "TREBLE". Ko Guano ???

No comments:

Post a Comment