ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BERSATULAH ANAK-ANAK MELAYU DEMI ISLAM.

Friday, 5 October 2012

BERSATULAH ANAK-ANAK MELAYU DEMI ISLAM.

"Memang Melayu menjadi Tuan dalam Tanah Melayu dahulu"  kata Tun Mahathir.

Tetapi kerana Melayu tidak berusaha melawan penjajah maka di zaman Tanah Melayu dijajah yang jadi "Tuan" dan yang dipanggil "Tuan" oleh orang Melayu sendiri ialah penjajah terutama British.Kita boleh panggil diri kita "Tuan" tetapi jika kita terpaksa bergantung kepada orang lain dan kita menjadi kuli kpd mereka,memanggil diri kita "Tuan" tdk bermakna.

Dalam 50 tahun kita merdeka, kuasa politik ada pada kita. Ini membolehkan kita panggil diri kita "Tuan". Tetapi kita tidak Tuan sepenuhnya. Kita boleh jadi Tuan dengan ertikata yang bermakna jika orang Melayu berkebolehan dan berjaya dalam bidang ekonomi dan sosial juga. Ini boleh dihasilkan jika kita sanggup tuntut ilmu dan segala kemahiran dizaman teknologi tinggi.
Tetapi kita amat kurang berusaha kearah ini. Kita lebih suka cari jalan mudah. Biar sahaja orang bekal segala-galanya kepada kita. Hari ini kuasa politik pun sudah terlepas dari tangan orang Melayu. Dan orang bukan Melayu tidak lagi menghormati orang Melayu dan institusi-institusi Melayu. Segala-gala yang dianggap sebagai hak istimewa orang Melayu disoal dan dicabar. Dan orang Melayu tidak membuat apa-apa untuk menangkis semua ini dan mengukuhkan kedudukan mereka. Sebaliknya mereka meminta-minta orang tertentu mempertahankan kedudukan orang Melayu. 




WAHAI SAUDARAKU SEBANGSA DAN SEAGAMA....
Perpaduan dalam bentuk “Akidah” adalah wajib. Sepertimana yang disebut oleh Allah SWT di dalam Surah Ali Imran, 103. Hukumnya adalah wajib. Iaitu, setiap manusia hendaklah bersatu di bawah Tauhid ini. Bahkan, ia juga adalah Islam. Semua manusia disuruh untuk bersatu di bawah agama ini, iaitu Islam. Dan hukum ini adalah wajib.

"Wahai orang-orang yang beriman!
Bertaqwalah kamu kepada ALLAH

dengan sebenar-benar taqwa kepadaNYA;

dan jangan sekali-kali kamu mati
melainkan dalam keadaan beragama Islam.


Dan berpegang teguhlah kamu semuanya

kepada tali ALLAH (agama Islam) 

dan janganlah kamu bercerai-berai..." 

kenapa sehingga hari ini umat islam di dunia umumnya dan malaysia khas nya tidak dapat bersatu dibawah satu bumbung?? mari kita lihat secara umumnya kenapa fatah dan hamas di palestine tidak bersatu?? hakikatnya mereka masing2 islam yang memperjuangan dasar untuk membebaskan palestine dari kepompong israel LAHANAT.. jawapan nya mudah, kerana fatah dibelenggu oleh israel. 

Di malaysia kenapa umno dan pas tidak boleh bersatu dibawah satu bumbung di bawah satu kepimpinan islam?? kerana pas dibelenggu oleh kafir DAP.. ingin saya buktikan reaksi pemimpin Dap tentang kerajaan perpaduan melibatkan UMNO dan PAS.

"...Pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng terkejut dengan idea ini dan mahu penjelasan sebenar berhubung 'pembelotan' ini. Jika PAS cuba mengugut DAP dengan bekerjasama dengan UMNO, yang rugi adalah PAS sendiri. 'Kepimpinan ulama' yang cuba diperjuangkan oleh segelintir pemimpin PAS bertentangan dengan kepimpinan profesional. malah DAp cuba mengugut persahabatan pas dalam pakatan rakyat... "


Maka, inisiatif yang saya rasakan perlu, ialah melalui beberapa cara.

Pertama : Jangan salahkan kumpulan 1, dan jangan salahkan kumpulan 2..
Kedua : Kita cari punca perpecahan, dan labelkan ia sebagai pihak ketiga
Ketiga : Kita kecohkan tentang punca perpecahan tersebut.. Dan kita salahkan pihak ketiga ini.

Kaedah ini dapat dibukti keberkesanannya. Ia berlaku apabila berlaku perpecahan dan peperangan di kalangan Mu’awiyah dan Saidina Ali. Sedangkan kedua-duanya adalah sahabat Baginda SAW. Maka, berdasarkan kaedah yang disebut ialah,

Pertama : Kita jangan salahkan Mu’awiyah, dan jangan salahkan Saidina Ali
Kedua : Kita cari orang yang melagakan mereka berdua, dan kita namakan sebagai pihak ke3
Ketiga : Kita kecohkan bahawa pihak ketiga ini yang bersalah melaga-lagakan kedua-dua sahabat Nabi SAW ini.

Siapakah pihak ketiga dalam kes ini? Setelah pakar sejarawan Islam membuat kajian, mereka telah menyimpulkan bahawa pihak ketiga yang bersalah dalam kes Mu’awiyah dan Saidina Ali adalah Munafik. Iaitu, Abdullah bin Saba’. Beliaulah punca segala perpecahan di kalangan sahabat Baginda SAW. Bahkan beliau jugalah yang menyebabkan kemunculan Syi’ah, Khawarij dan banyak lagi.

siapa pihak ketiga yg memecahbelahkan umat islam di malaysia untuk bersatu padu ??

JAWAPANNYA : DAP!!! 

MESTI BACA !!!!!
 TAJUK: 'BERSATULAH KAUM CINA' - Oleh Dr. Ng. Seng
MESTI BACA.........!!!!! BERSATULAH MELAYU.....!!!!! 1

RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI BANGSAKU !!!

WALLAHUALAM.... 








No comments:

Post a Comment