ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: BERSYUKURLAH KITA KERANA BERGELAR MUSLIM

Friday, 12 October 2012

BERSYUKURLAH KITA KERANA BERGELAR MUSLIM

'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM'
Kepada pencinta Islam...

Seseorang yang bergelar muslim adalah mereka yang telah mendapat hidayah daripada Allah subhanahu wata'ala. Bahkan, hidayah itu diberikan kepada orang2 yang telah dipilihNYA. Saya bersyukur tidak terhingga kerana telah menjadi di antara orang yang terpilih olehNYA dan bangga dilahirkan sebagai seorang muslim di muka bumi milik Allah ini.
Alhamdulillah....



Betapa kerdilnya diriku dihadapanMu Ya Allah... Tetapkanlah iman dan akidahku hanya padaMu walaupun terdapat banyak lagi cinta2 yang kau ciptakan agar aku mengasihi antara satu sama lain. Biarkan aku terus berasa rendah diri dan bertawaduk kepadaMu agar aku tidak alpa akan duniaku. Ya Allah, berikan aku taufiq dan inayahMu serta bimbinglah aku ke jalan yang kau redhai. Hanya padaMu tempat aku bergantung harap dan hanya pada Mu aku berserah segala2nya.

Sesungguhnya cinta kepadaMu Cinta Agung,
Sesungguhnya cinta kepada rasul dan nabi2 Cinta Hakiki,
Sesungguhnya cinta kepada Ibubapa adalah Cinta Sejati,
Sesungguhnya cinta kepada Ilmu merupakan Cinta yang Bermanfaat,
Sesungguhnya cinta kepada Ummah Cinta yang Mulia,
dan Sesungguhnya cinta pada kecemerlangan Cinta yang Bermakna...

Nikmat iman dan islam merupakan dua nikmat yang teragung antara nikmat Allah yang lain. Dan aku bersyukur dan bangga menjadi orang islam. Walaupun hidup ini kadang2 terasa terasing kerana cara hidupku berlainan dari yang lain. Tapi, menjadi yang terasing kerana mengikut ajaranNYA itu membuatkan hatiku menjadi lebih tenang.

Ya Allah, matikanlah aku dalam iman dan islam. Teguhkanlah hatiku di jalanMu. Janganlah Engkau palingkan hatiku Ya Allah setelah Engkau memberi petunjuk dan hidayahMu kepadaku. "Innaddiina 'indallahil islam" (Sesungguhnya, agama yang diterima di sisi Allah ialah islam).
AMIN, AMIN, YAA RABB ALAMIN ..!!!

WASSALAM.

No comments:

Post a Comment