ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SALAM AIDIL ADHA 2012 : INGATLAH PENGORBANAN NABI IBRAHIM DAN NABI ISMAIL SERTA JANGAN KITA LUPAKAN "PENGORBANAN SEORANG IBU"

Thursday, 25 October 2012

SALAM AIDIL ADHA 2012 : INGATLAH PENGORBANAN NABI IBRAHIM DAN NABI ISMAIL SERTA JANGAN KITA LUPAKAN "PENGORBANAN SEORANG IBU"


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Zulhijjah kembali lagi. Usia kita masih berpanjangan dan diberikan peluang untuk bersua lagi dengan Zulhijjah. Seringkali kita didedahkan tentang apa yang diharuskan untuk kita lakukan di dalam bulan ini.Umum mengetahui, dalam bulan ini lah peristiwa besar berlaku dan dilalui oleh semua umat Islam. Bulan ini lah antara bulan-bulan yang tidak pernah dilupakan oleh Umat Islam seluruh dunia khasnya di tanah air tercinta ini.
Peristiwa yang dimaksudkan ialah bepergiannya jemaah muslimin dan muslimat ke Baitullah Al-Haram untuk mengerjakan Haji dan juga peristiwa sambutan Aidil Adha yang akan diingati oleh semua Umat Islam seluruh dunia. Pada Pagi hari tersebut (bahkan mungkin minggu-minggu sebelumnya lagi) akan dikhabarkan lah kepada kita semua tentang sejarah bermulanya kisah Aidil Adha ini yang bersangkutan dengan peristiwa pelaksanaan mimpi Nabi Ismail oleh ayahndanya iaitu Nabi Ibrahim.

Peristiwa tersebut telah dirakamkan oleh Allah di dalam Surah As-Shaffaat ayat 102-107 (kisah ini dilanjutkan hingga ayat 111).
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ{102} فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ{103} وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ{104} قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ{105} إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلَاء الْمُبِينُ{106} وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ{107}
Maksudnya:
102. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".
103. Tatkala keduanya Telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ).
104. Dan kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,
105. Sesungguhnya kamu Telah membenarkan mimpi itu[*] Sesungguhnya Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
106. Sesungguhnya Ini benar-benar suatu ujian yang nyata.
107. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar[**].
_______________________________________________________________________

Maka seringkali khatib membawa kita mengimbau kembali peristiwa bersejarah tersebut. Dan pastinya kita memanjatkan kesyukuran atas Rahman dan Rahimnya Allah itu (itu pun bagi yang mendengar khutbah Aidil Adha la). Sudah tentu pasti kita akan bersyukur. Jika tidak digantikan Nabi Ismail Alahimassalam, nescaya akan lebih ramailah manusia yang kufur kepada perintah Allah dan lupa melaksanakan tanggungjawab kepadaNYA. Tatkala perintah Allah yang sampai kepada kita pada hari ini yang meliputi kewajipan harian kita pun kita abaikan, masakan perintah yang 'di luar batas' (korbankan anak) itu akan dituruti oleh semua Umat Islam. Moga kita sentiasa tergolong dalam golongan yang bersyukur.

"Selingan: Sedarlah janji Allah : "Pengorbanan Seorang Ibu"

MARTABAT ibu begitu tinggi dan yang kedua selepas mentaati Allah berdasarkan susunan keutamaan yang ditegaskan di dalam al-Quran.
Ibu menanggung kesakitan dengan penuh sabar sejak kita berada dalam kandungannya lagi. Selepas melahirkan, ibu mengasuh dan menjaga dengan penuh kasih sayang.
Tanggungjawab ibu yang dianugerahkan Allah untuk mengandung dan melahirkan anak tidak mampu dipikul mana-mana lelaki di dunia ini.
Ibnu Umar menyatakan tiada apa dapat tebus jasa mereka sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan. Amat malang kepada mereka yang pernah melawan dan mengasari sama ada percakapan atau perbuatan terhadap ibu mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan supaya janganlah kamu sembah kecuali Dia dan berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika seorang di antara kedua-duanya sudah tua atau kedua-duanya sekali, janganlah kamu katakan ‘cis’ kepada merekaa dan janganlah kamu herdik kedua-duanya serta ucapkanlah perkataan yang mulia (lemah lembut).” (Surah al-Israak ayat 23).

ingatlah pengorbanan seorang ibu yang melahirkan kita...sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi kita....hormati dan sayangilah bapa kita yang tak pernah kenal erti penat mencari rezeki untuk membesarkan dan membahagiakan kita.

وَسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

No comments:

Post a Comment