ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: KENYATAAN USTAZ NASHARUDDIN BUAT GOLONGAN "ANWARINAS" DALAM PAS "PANAS PUNGGONG".

Thursday 11 October 2012

KENYATAAN USTAZ NASHARUDDIN BUAT GOLONGAN "ANWARINAS" DALAM PAS "PANAS PUNGGONG".

PAS masih gagal dan keliru untuk menyatakan pendirian parti sama ada memperjuangkan prinsip parti, atau terus mengikuti telunjuk parti komponen pakatan pembangkang (DAP & PKR), dalam falsafah perjuangan politik mereka.
Pendapat Prof. Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad dan Datuk Dr Haron Din  jelas memperlihat PAS telah lari dari landasan perjuangan asas sebagai parti yang berlandaskan Ad-din itu falsafah perjuangan. 
Ini membuktikan terdapat kumpulan dalam PAS mahu kembali kepada perjuangan asal parti itu sekaligus menunjukkan hakikatnya ada kumpulan yang taksub dalam PAS dan tidak mahu terima apa yang berlaku ketika ini.

Nasharuddin Mat Isa
Kelantangan Nasharuddin Mat Isa di dalam menyedarkan umat Islam erti penyatuan ummah semakin dirasai oleh kumpulan anwarinas. Setiap hari ada sahaja isu yang dibangkitkan dan diseru oleh Nasharuddin Mat Isa. Terbaru, beliau dengan nada tegas menyatakan pemimpin DAP dalam agama kristian ada membaca doa sewaktu di pilihanraya sarawak agar Malaysia di pimpin oleh pemimpin dari penganut agama Kristian . Kenyataan pedas ini merupakan yang kedua selepas beliau menempelak Karpal Singh dalam hal hudud.

Dalam perkembangan terbaru, Nasharudin  mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.
Beliau yang juga ahli Majlis Syura Pas berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Beliau juga turut hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat 'taboo'. 
"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk 5, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir? "Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, pada 9 Oktober 2012.

Ekoran dari kenyataan Nasharuddin itu, berbagai pandangan dan pendapat yang dikeluarkan oleh kepimpinan tertinggi PAS sebagai reaksi atau respon terhadap pandangan beliau.

Datuk Harun Taib

"Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat apa yang dinyatakan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa itu adalah betul kerana Islam perlu jadi perkara utama dan hal-hal lain perlu jadi perkara susulan."



Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

"Kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa semalam, yang mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua, bukan sesuatu yang pelik. - Ketua Penerangan PAS Pusat , Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man."

Salahuddin Ayub
 
"Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa Islam sememangnya menjadi prinsip utama dalam perjuangan parti Pas dan Nasharudin tidak perlu berkata demikian kerana tidak ada apa yang perlu diperbesarkan, Majlis Syura dan Muktamar Pas menjadi panduan parti selama ini."




Tetapi kenyataan Mahfuz seolah-olah mengesahkan Kenyataan Nasharuddin bahawa PAS 'Kejar Kuasa'.
Datuk Mahfuz Omar


"Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa telah "menyentuh dan mencabar" keputusan Majlis Syura apabila mendakwa parti itu kini mengutamakan kuasa dan meletakkan prinsip Islam di tempat kedua, kata Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar."
  


Sambil menekankan kuasa dan Islam tidak boleh dipisahkan, kata Mahfuz, Pas memang memerlukan kuasa yang meluas untuk menegakkan Islam di negara ini. 
Katanya, aspek itu yang diputuskan oleh Majlis Syura selaku badan tertinggi membuat keputusan dalam Pas.
"Jadi, apabila Ustaz mempertikaikan pendirian parti, bermakna beliau telah menyentuh dan mencabar Majlis Syura sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online.
Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata, sebagai sebuah parti politik, Pas memang memerlukan kuasa dan usaha ini diteruskan dari dahulu sehingga sekarang.
"Dari dahulu kita hendakkan kuasa, dan sekarang kita hendak kuasa yang lebih meluas untuk menggantikan Umno, bagi menegakkan Islam, Umno telah gagal dalam peranannya." kata Mahfuz lagi.

Ha Ha Ha .... Eloklah tu Mahfuz hoiiii. 
PAS GANTI UMNO LEPAS TU DAP PULA GANTI PAS.
http://hambaliabdullah.blogspot.com/2012/10/elok-dah-tu-pas-ganti-umno.html

WALLAHUALAM....

No comments:

Post a Comment