ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: HUDUD HANYA RETORIK PAS KELANTAN

Wednesday 24 October 2012

HUDUD HANYA RETORIK PAS KELANTAN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Harakahdaily,
07 Okt 2011

KOTA BHARU, 7 Okt: Wacana Perlaksanaan Hudud di Negeri Kelantan semalam antara lain merumuskan bahawa Kelantan berhak dan boleh melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) 1993.
Malah, menurut Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad salah seorang panel wacana itu berkata, undang-undang itu perlu dilaksana segera kerana sudah 20 tahun diluluskan tanpa perlaksanaan.
Tambah beliau lagi, bagi mencapai hasrat itu Kelantan perlu segera mewujudkan dua mahkamah iaitu Mahkamah Syariah Khas tiga hakim dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas lima hakim.
"Bagi perlaksanaan hukum ini, pihak kami sudah bersedia dan hanya menunggu keputusan kerajaan Kelantan sahaja dan ia bukannya mudah untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah kerana pesalah atau yang dituduh perlu melalui beberapa proses seperti saksi yang cukup dan sebagainya,” katanya di dewan Teratai Kompleks Darulnaim, di sini.
Selain beliau, wacana tersebut turut menampilkan Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Mohammad Daud Iraqi dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abd Aziz Bari.
Tambah beliau lagi, Akta Mahkamah Syariah 1965 (Pindaan 1985) juga tidak wajar dijadikan halangan untuk melaksanakan hudud di negeri itu.
Mengulas dakwaan perlaksanaan hudud bertentangan dengan perlembagaan, Daud pula berkata, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud.
Malah, ujarnya sebarang undang-undang yang menyekat kebebasan ini sebenarnya yang patut dipertikai.
“Perkara 11 memberikan kebebasan mengamalkan agama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan agama kita, kita nak laksana, tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan yang akan ditanya Allah di akhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak laksana,” katanya.





Selama 20 tahun “HUDUD” menjadi tagline atau cogan kata PAS yang ampuh untuk memecah belahkan kesepaduan umat Islam Malaysia. Perpecahan berlaku bila sesetengah penganut Islam merasakan mereka wajib menyokong PAS yang menjaja “HUDUD” kerana parti itu dilihat mahu melaksanakan hukum Islam, sedangkan menegakkan syiar Islam itu wajib. Propaganda seputar “HUDUD” telah membolehkan PAS mengekalkan kuasa di Kelantan hingga sekarang, dan di Terengganu, janji melaksanakan “HUDUD” telah membolehkan PAS memerintah selama empat tahun. Lencana “HUDUD” juga telah membolehkan PAS mendabik dada bahawa parti politik itu bukan lahir semata-mata untuk merebut kuasa politik, tetapi ia berperanan memikul tanggung jawab khalifah Allah di muka bumi iaitu "mendirikan agama dan mentadbir dunia dengannya”.  Begitulah murninya bunyi jalan cerita PAS.


PAS menggunakan perkataan “HUDUD” sebagai sinonim (kata sama) kepada ungkapan “negara Islam”.  Perbuatan ini telah membolehkan kepimpinan PAS menghidupkan watak sandiwara “pejuang Islam” yang menyakinkan. Namun laksana hilang siuman PAS kebelakangan ini telah membuat pusingan-U.  Tagline “HUDUD” telah dibakul sampahkan, dan PAS telah menggantikannya dengan tagline “negara berkebajikan”. Terbaru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, dilapor berkata parti itu terpaksa berbuat demikian kerana "masalah pengangguran masih ada lagi dan untuk laksanakan hukum ini kedudukan rakyat Malaysia mesti stabil contohnya daripada segi pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga juga kena dijaga." Terdahulu dari itu, semasa menjadi Menteri Besar Terengganu, Abdul Hadi Awang pernah dilapor membuat kenyataan “perlaksanaan hudud tidak menjadi keutamaan Kerajaan PAS Terengganu kerana hudud hanyalah 0.0001% sahaja daripada Islam”.





INILAH PERANGAI ORANG PAS .....UNTUK JADIKAN ISU SEBENARNYA PAS TAHU SEMUANYA INI....TAPI TAK APA KITA SALAHKAN UMNO DENGAN APA JUA SEKALI PUN. AHLI PAS YANG BODOH YANG TAK TAHU ATAU ADA BUAT TAK TAHU MATI MATI PAS AKAN LAKSANAKAN HUDUD JIKA PAS DAPAT MEMERINTAH....INILAH DIKATAKAN KENA KENCING OLEH PEMIMPIN PAS SENDIRI.

SAMA-SAMALAH KITA FIKIRKANNYA !!!

WALLAHUALAM.....

No comments:

Post a Comment