ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MISI TREBLE SUDAH SELESAI , SEKARANG MISI TAWAN KELANTAN PULA.

Sunday, 21 October 2012

MISI TREBLE SUDAH SELESAI , SEKARANG MISI TAWAN KELANTAN PULA.

KELANTAN CIPTA SEJARAH

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN dan TAN MING WAI
sukan@utusan.com.my

SHAH ALAM - Kelantan mengesahkan selaku kuasa besar bola sepak negara musim 2012 dengan melengkapkan kejuaraan treble selepas menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 dalam babak akhir, semalam.
Indra Putra Mahayuddin layak dijulang selaku wira The Red Warriors apabila jaringannya pada masa tambahan pada minit ke-96 hasil serangan pantas, menjulang Kelantan selaku juara Piala Malaysia edisi kali ke-96 sekali gus menjadikan tahun 2012 sebagai tahun paling bermakna dalam sejarah bola sepak Kelantan.
Baca sepenuhnya http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121021/su_01/Kelantan-cipta-sejarah




Walaupun ini hanya sekadar bolasepak dan bukan politik, tetapi harus kita ingat bahawa pencapaian Kelantan dalam arena bolasepak tanah air sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah hasil dari kerja keras dan komitment daripada kepimpinan orang-orang UMNO.

Saya rasa semua rakyat kelantan faham dan bersependapat dengan saya bahawa sesuatu kejayaan itu memerlukan pengurusan yang baik dalam mengurus sumber-sumber,  menyokong dan memotivasi pasukan kerana faktor pengurusan yang efisien dan berkesan dilihat menjadi kunci kejayaan pasukan bolasepak Kelantan, "The Red Warrior".


Kejayaan inii mungkin tidak akan dirasai seandainya pasukan bolasepak Kelantan, "The Red Warrior" ditadbir urus oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS yang dilihat telah gagal dalam mentadbir negeri dan menjaga amanah rakyat. kerana persatuan mungkin terpaksa menjual pemain-pemain untuk membayar hutang persatuan untuk mecari dana atau sumber kewangan . 

Selepas itu, persatuan akan memberi 'clean slate" kepada kepimpinan PAS seperti Husam untuk menunjukkan keupayaannya.  Dalam bolasepak, bukan boleh main lancar-lancar tetapi tidak buat. Bukan boleh tabur janji seperti highway, keretapi laju dan lain-lain projek pembangunan ala "BUNIAN" tetapi bila tidak dapat capai, salahkan kerajaan pusat.  Masaalah tidak boleh disorok seperti air dengan mereka-reka cerita tak ada duit dari pusat padahal ada, dan kemudian buat cerita pasal royalti minyak.

Peminat hanya tahu menang dan piala. Maknanya peminat tak akan dengar janji, temberang dan mimpi tapi akan tanya kenapa dulu dapat menang piala, kali ini tidak dapat.Apa kata sekiranya PRU 13 nanti BN/UMNO masih gagal tawan Kelantan , kita serahkan pula  pasukan bolasepak Kelantan, "The Red Warrior" kepada kerajaan negeri dan kita lihat keupayaan PAS pula. Amacam ...!!! 

Pemimpin PAS ni cakap dan ceramah pandai, tapi buat bolehkah? Ini rakyat Kelantan kena lihat! 

No comments:

Post a Comment