ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: JANGAN MUDAH MENGGELARKAN SESEORANG ITU ULAMAK.

Wednesday 3 October 2012

JANGAN MUDAH MENGGELARKAN SESEORANG ITU ULAMAK.

     Untuk pengetahuan kalian. Saya tidak pernah menganggap Nik Aziz dan Hadi Awang sebagai ulamak. Tak pernah saya menganggap mereka berdua adalah ulamak. Sebaliknya saya menganggap mereka sebagai ahli politik. Ya. Ahli politik. Sama taraf seperti Najib Razak, Mahathir Mohamaad, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan sebagainya. Nik Aziz dan Hadi Awang adalah ahli politik.

     Jika kalian merasakan Nik Aziz dan Hadi Awang adalah ulamak. Kalian dipersila untuk teruskan. Saya tidak menghalang. Dan kalian juga sepatutnya tidak boleh menghalang pandangan dan pendapat saya. Mengapa saya berpegang bahawa Nik Aziz dan Hadi Awang bukanlah ulamak sebaliknya ahli politik? Kerana mereka sekarang berada dalam kancah permainan politik di mana mereka bertanding di pilihanraya. Seorang ulamak, jika mengikut susur jalur, sejarah dan dakwah islamiyah, dia takkan bertanding di pilihanraya.

NIK AZIZ BUKAN ULAMAK !!!
Rupa Nik Aziz memang rupa ulamak. Tapi amalan dan percakapan Nik Aziz membuktikan dia bukanlah ulama. 

Dajjal nanti muncul di khalayak ramai manusia berupa dan berpakaian agama. Berjubah dan berserban adalah pakaian Dajjal. Ada riwayat menyebut bahawa antara pengikut Dajjal paling ramai ialah ahli kitab yang mengaku 'ulamak'. Pengikut ahli kitab mengakui ketua mereka yang sebenarnya adalah ahli kitab sebagai 'ulamak'. Ramai manusia tertipu jadi pengikut Dajjal kerana rupa Dajjal yang perwatakan agama. Dan Dajjal tidak mengajak manusia kepada Allah tetapi mengajak manusia taat pada dirinya dan terima apa sahaja yang keluar dari mulutnya sehingga mempertuhankan dirinya.

Ini adalah sebahagian bukti percakapan Nik Aziz bahawa dia hanya ahli kitab dan bukanlah ulamak  :

1. Nabi Muhammad sebelum dilantik jadi Rasul pada umur 40 tahun, sama dengan 'mamak-mamak kapung' (kampung) yang lain. Perkataan ini menghina Nabi Muhammad saw kerana Rasulullah telah dipilih oleh Allah sebagai Rasul akhir zaman dan penghulu para Rasul dan nabi lama sebelum Allah cipta Nabi Adam a.s lagi. Nabi Adam ketika di syurga telah nampak nama Rasulullah tertulis di syurga. Ketika kelahiran baginda, api majusi yang hidup selama 1000 tahun serta merta padam. Nabi saw dibedah hatinya ketika kecil. Nabi saw diikuti oleh awan sebagai teduhan kepadanya semasa mengikut pak ciknya Abu Talib berniaga ke Syam ketika kanak-kanak. Nik Aziz seorang yang sangat jahil.

2. Al-Quran adalah ayat politik, dari mula ayat hingga surah terakhir. Perkataan ini menghina Allah dan kitab suci Al Quran kerana politik hanya wujud dalam sistem demokrasi. Maksud politik, maksud berpolitik dan maksud parti politik ialah untuk dapatkan kuasa dan mengekalkan kuasa. Sedangkan ayat suci Allah dalam Quran ialah menerangkan suruhan supaya mengajak manusia kepada Allah dengan mentaati segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya. Nik Aziz seorang yang sangat jahil.

3. Perintah Allah solat pada rukun islam kedua dikatakan satu bentuk perbuatan demonstrasi. Perkataan ini menghina perintah Allah kerana maksud solat ialah untuk taat dan patuh suruhan Allah dengan merendahkan diri didepan Allah dengan niat untuk sukakan Allah. Sedangkan perbuatan demonstrasi bertujuan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Menyamakan perbuatan buruk berdemonstrasi dengan perbuatan yang baik seperti solat adalah merendahkan serta menghina perintah Allah. Nik Aziz seorang yang sangat jahil.

4. Nik Aziz melawan ayat Allah dengan menyatakan hasrat untuk berkawan dengan musuh manusia yang nyata iaitu Iblis sedangkan Allah melarang keras orang islam jadikan Iblis sebagai teman rapat. Nik Aziz seorang yang sangat jahil.

5. Nik Aziz menghina isteri-isteri Rasulullah iaitu menuduh ummul-mukminin pernah berdemonstrasi terhadap Rasulullah sedangkan ini tidak benar sama sekali. Nik Aziz seorang yang sangat jahil.

6. Nik Aziz pernah pernah menghina Allah dengan mengatakan antara sifat Allah ialah samseng. Nik Aziz mentafsir sifat Allah al-Qahhaar sebagai Allah samseng. Walhal sifat al-Qahhaar ialah sifat Allah yang mana Allah berkuasa memaksa dan menundukkan setiap makhluk yang Allah cipta kerana Allahlah pencipta, pemilik dan pemelihara seluruh alam ini. Seluruh alam ini milik Allah dan Allah berhak buat apa sahaja tanpa terikat pada mana peraturan. Tiada sekutu bagi Allah. Manakala sifat samseng ialah sifat manusia yang suka memaksa orang lain ikut arahannya walhal si samseng tersebut tidak pernah mencipta, memelihara, memiliki orang yang dipaksa itu. Nik Aziz seorang yang sangat jahil.


Sedangkan ulamak ialah manusia yang diberi ilmu oleh Allah kerana ketaqwaan dan keimanan yang kuat terhadap Allah SWT. Ahli kitab seperti Nik Aziz tahu tentang islam tapi tidak berilmu dan sangat jahil. Walaupun dia tahu tentang islam tetapi dia tidak berilmu. Semua ahli kitab jahil walaupun ada banyak pengetahuan tentang agama. Seseorang yang ada pengetahuan tentang islam belum berilmu. Ilmu kurniaan Allah kepada orang beriman. Sedangkan ahli kitab tidak beriman kepada Allah swt kerana dalam hati mereka sangat cintakan dunia.

Ulamak diberi ilmu oleh Allah kerana tingginya keimanan dan ketaqwaan mereka terhadap Allah SWT. Ulamak ialah orang yang takut kepada  Allah seperti yang Allah sebut dalam Al-Quran.

Manakala ahli kitab sangat mencintai dunia dan mereka menggunakan pengetahuan tentang agama yang ada pada mereka untuk putar belit manusia supaya mereka dapat habuan dunia.

Nik Aziz bukan ulama tetapi ahli kitab. Nik Aziz dikutuk dan dicela kerana dia telah menghina Allah, Rasul dan kitab Allah.

Taubatlah Nik Aziz, kembalilah ke pangkal jalan dan janganlah jadi seperti 'Basisah' di zaman bani Israel.

Nauzubillah hi min zalik...!


Sumber: KLIK

No comments:

Post a Comment