ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: DEFINISI SEBUAH NEGARA ISLAM.

Tuesday 2 October 2012

DEFINISI SEBUAH NEGARA ISLAM.

(1) Ketua Negara : Orang Islam 
(2) Agama Rasmi : ISLAM
(3) Kementerian Kanan : Diketuai oleh Orang ISLAM 
(4) Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 Perkara beserta dengan 13 Jadual. Bagi setiap perkara terdapat beberapa Fasal yang dijelaskan dengan terperinci sebagai garis panduan perundangan dan kepentingan rakyat. Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti: - agama Islam sebagai agama rasmi; - kedududkan istemewa Raja-raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak; - kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan, - soal kerakyatan. Susunan Perkara-Perkara Dalam Perlembagaan: Perkara 1 hingga 4 Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan Perkara 5 hingga 13 Kebebasan Asasi Perkara 14 hingga 22 Kewarganegaraan. 

JELAS DAN NYATALAH BAHAWASANYA NEGARA MALYSIA ADALAH MERUPAKAN SEBUAH NEGARA ISLAM DAN TELAH DIPERAKUI SELURUH DUNIA.

Sifat Negara Islam 
Sebagaimana  firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 41 yang bermaksud:-Iaitu mereka (umat Islam) yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar, Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
Ayat ini memberi gambaran bahawa orang mukmim yang menetap di atas muka bumi ini sentiasa menjaga sembahyang, mengeluarkan zakat, menyeru ke arah kebaikan dan menegah kemungkaran dan berkasih sayang sesama mereka. 

Sifat negara Islam ialah:
1. Kekuasaan dipegang oleh orang Islam.
2. Agama Islam menjadi dominan serta undang--undang Islam dilaksanakan.
3. Suasana keamanan kepada umat Islam.



  
Beberapa definisi Negara Islam yang dirumuskan oleh ulama dan cerdikpandai Islam adalah seperti berikut :- 
i. Muhammad bin Hasan As Syaibani:
“Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya”.
ii. Muhammad Abu Zuhrah:
“Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim”.
Berpandukan kepada definisi di atas, jelaslah Malaysia adalah sebuah negara Islam. Keraguan dan pertikaian mengenai Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah tidak berasaskan fakta dan ianya tertolak.
Malaysia sebagai negara Islam telah diperkuatkan lagi dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan. Peruntukan ini tidak diadakan oleh penjajah, tatapi diusaha oleh pejuang dan pemimpin negara seiring perjuangan mencapai kemerdekaan.



No comments:

Post a Comment