ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: ELOK DAH TU !!! PAS GANTI UMNO & DAP PULA GANTI PAS.

Tuesday, 9 October 2012

ELOK DAH TU !!! PAS GANTI UMNO & DAP PULA GANTI PAS.



Pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan bahawa parti PAS sedia untuk mengantikan UMNO dalam memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan tanah air.



Pandangan dan pendapat peribadi saya, bukan PAS ganti UMNO sebaliknya DAP yang akan ganti PAS.
kerana apa yang berlaku hari ini  sebenarnya menggambarkan DAP telah dapat menguasai dan menundukkan PAS sehingga PAS sanggup mengorbankan "NEGARA ISLAM" yang menjadi asas perjuangan parti itu sebelum ini kepada ‘NEGARA KEBAJIKAN’ semata-mata kerana hendak menyesuaikan dengan kehendak dan agenda politik DAP, sebuah parti politik perkauman Cina yang amat rasis dan secara terang menonjolkan sikap anti-Melayu. Justeru itu PAS sanggup mengorbankan pemimpinnya seperti Hasan Ali yang menyuarakan ketidak puasan hatinya terhadap sikap angkuh dan pro-Kristian DAP dalam kerajaan negeri Selangor, namun untuk menyanggah parti rasis itu jauh panggang dari api.

DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan sahaja.
Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Qur’an walaupun salah, PAS mempertahankannya.
Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, PAS memberi pengiktirafan.
Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir "ALLAHUAKBARRRRR".
TETAPI ...!!! APABILA PAS MENYEBUT TENTANG NEGARA ISLAM, PEMIMPIN DAP LAH YANG PERTAMA SEKALI MENGECAM PAS. DAN APABILA DIKECAM, PAS DIAM SERIBU BAHASA.
Apa maknanya ini??? 
Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh PAS. DAP lah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS???.


Tembelang DAP secara terang mengetepikan nilai sejarah dan jati diri negara bangsa berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam  semakin kelihatan. Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
Apa maknanya ini???  
Maknanya, sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa. 

Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu.
DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP
Itulah matlamat Pakatan Pembangkang sekarang yang mahukan kuasa demi menjaga survival parti dalam melaksanakan idealogi politik mereka.

Wallahualam !!!

No comments:

Post a Comment