ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: UMNO KELANTAN BAWA ISU HUDUD KE MESYUARAT MT.

Monday 7 April 2014

UMNO KELANTAN BAWA ISU HUDUD KE MESYUARAT MT.


JELI - Badan Perhubungan Umno Kelantan akan membangkitkan hasrat kerajaan Pas negeri melaksanakan hukum hudud pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, kata Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, perkara itu perlu dibincangkan oleh MT Umno sebelum kerajaan negeri Kelantan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 di Parlimen.

Beliau berkata, rancangan kerajaan Kelantan itu memerlukan persediaan rapi termasuk penyelidikan dan pendidikan dakwah berkaitan penguatkuasaan hukum hudud tersebut.

"Tidak ada masalah...sebagai orang Islam, kita wajib sokong undang-undang Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-15 Badan Ihsan Anggota Pendidik Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli di sini, hari ini.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata demikian ketika diminta mengulas keyakinan kerajaan negeri melaksanakan hukum hudud pada awal tahun depan sekiranya Parlimen meluluskan pelaksanaan hukuman berkenaan.  
Bernama

No comments:

Post a Comment