ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: TERKINI: HIMPUNAN GULING KERAJAAN #3112 SECARA LIVE !!!

Wednesday, 1 January 2014

TERKINI: HIMPUNAN GULING KERAJAAN #3112 SECARA LIVE !!!


Perserta perhimpunan haram merempuh masuk penghadang yang dibuat pasukan keselamatan di Dataran Merdeka untuk sambutan ambang Tahun Batu, jam 11.03 malam ini. 

Mereka berarak sambil melaung slogan 'Turun' sehingga mengganggu perjalanan sambutan ambang tahun baru. Sebelum ini mereka menafikan penglibatan parti pembangkang dalam perhimpunan haram untuk guling kerajaan.

Salahudin Ayub berucap membakar semangat anak-anak muda !!!
Tetapi malam ini disahkan perhimpunan haram ini didalangi oleh parti pembangkang apabila tiga pemimpin Pas termasuk Naib Presiden parti itu, Salahudin Ayub muncul bersama-sama geng baju hitam yang berhimpun dan mengadakan demonstrasi haram di ibu negara.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat dan Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu, Dr. Zulkifli Ahmad juga kelihatan.

Di samping itu, turut kelihatan ialah Naib Ketua Pemuda Pas Perak, Khairil Nizam Khairuddin; Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin, atau Chegubard dan Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Mohamad Azan Safar.

Mereka dikesan berucap bergilir-gilir untuk menaikkan semangat anak-anak muda dan menyeru orang ramai bergerak ke Dataran Merdeka. SUMBER

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 peserta perhimpunan haram merempuh kawalan anggota keselamatan dan naik ke atas pentas utama, sekali gus memaksa konsert sambutan Ambang Tahun Baru dihentikan serta-merta.
Kelihatan skrin gergasi yang diletakkan di kiri dan kanan pentas utama juga terpadam akibat dirempuh peserta perhimpunan.
Peserta perhimpunan sebelum itu bertindak membaling botol minuman ke arah penyanyi yang sedang membuat persembahan sambil melaungkan slogan reformasi.
Sementara itu, orang ramai bertindak melarikan diri dan beredar meninggalkan kawasan Dataran Merdeka selepas kawasan sambutan Tahun Baru diceroboh peserta perhimpunan haram. – BHarian.


Ramai yang hadir untuk berhibur & berlibur pulang dengan kecewa angkara perbuatan durjana Perusuh-perusuh Demonstrasi Jalanan ini. Anak-anak kecil yang menunggu sedari petang untuk melihat bunga api cuma mampu melihat dari jauh persembahan bunga api di KLCC.


Dasyat beb, budak Melayu ni..,nak TIBAI Polis malam tadi.
Tapi sayang sbb dia hanya sekadar pandai komen dalam FB je.

Cam kuat je? Cam hebat je?

Apakah ini perhimpunan aman ???mam???



No comments:

Post a Comment