ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: SALAM MAULIDUR RASUL 1435H

Monday, 13 January 2014

SALAM MAULIDUR RASUL 1435H



Salam hormat buat pembaca setia blog ini. Semoga kalian berada dalam rahmat dan nikmat  Ilahi saat ini.

Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut hari kelahiran insan mulia , Rasul kita Muhammad S.A.W....pembawa cahaya dan rahmat untuk sekalian alam. 

Selawat dan Salam buat Rasul Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.



Moga syafaat baginda buat kita semua. Amiiin.


BIODATA RASULULLAH SAW

NAMA :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib.

TARIKH LAHIR : 
Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah.

TEMPAT LAHIR :
Rumah Abu Talib,Maakatul Mukarramah.

Gelaran: AL AMIN

Pengasuh Pertama:
Ummu Aiman

Ibu Susu Pertama:
Thuwaibatul Aslamiah

Ibu Susu Kedua:
Halimah As Saadiah

Isteri-Isteri Rasulullah :
1] Khadijah bt Khuwailid.
2] Aisyah bt Abu Bakar.
3] Hafsah bt Umar.
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umaiyah.
6] Saudah bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy.
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith.
10] Safiyah bt Huyai.

Anak-Anak Rasulullah :
1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)

🎉SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H . ✅

📡Perpanjangkan kepada seluruh Umat ISLAM sebagai tanda kecintaan kita kepada NABI MUHAMMAD SAW. 💂

No comments:

Post a Comment