Ketua Polis Baling Supt Md Daud Md Hasan berkata polis yang kebetulan mengadakan operasi di pekan Baling bertindak pantas mengepung kawasan kejadian sebaik mendapat aduan pasangan suami isteri berusia 35 dan 30 tahun dirompak jam 4 pagi.
"Kedua-dua suspek masih memegang parang dan pedang semasa dikepung. Mereka cuba menentang namun akhirnya menyerah selepas dipujuk anggota polis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya seorang lagi rakan perompak yang menunggu di dalam kereta bagaimanapun melarikan diri dan gerakan memburunya dilancarkan.
"Si suami cedera di belakang badan terkena libasan parang manakala isterinya lebam di muka akibat ditumbuk oleh perompak itu. Mereka masuk rumah kedai pasangan itu selepas mengumpil pintu," katanya.
Md Daud berkata polis menemui hasil rompakan iaitu wang tunai RM821 dan dua telefon bimbit manakala topeng penutup muka, dua beg dan dua topi yang dipercayai digunakan suspek semasa melakukan rompakan turut ditemui.
Katanya suspek berusia 30-an mempunyai enam rekod jenayah lampau manakala rakannya berusia 20-an tidak mempunyai rekod jenayah, katanya.
Katanya dengan penangkapan dua lelaki itu, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes rompakan bersenjatakan parang dan pedang di beberapa daerah di negeri ini.
Kedua-dua suspek ditahan reman seminggu untuk siasatan, katanya.
Bernama
No comments:
Post a Comment