ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MESTI BACA !!! BENARKAH SESIAPA YANG MEMINUM "HOLY WATER" MENERIMA KRISTIAN ???

Monday, 13 January 2014

MESTI BACA !!! BENARKAH SESIAPA YANG MEMINUM "HOLY WATER" MENERIMA KRISTIAN ???


Cerita mengenai Holy Water diedarkan secara percuma oleh mubaligh Kristian di beberapa kawasan di Malaysia bukan cerita baru.saya sendiri pernah mendengar mengenainya sejak tahun 90an lagi.Memang sukar untuk kita percaya bahawa ada ajaran agama yang membenarkan pendakwahnya menambahkan pengikut secara muslihat.Namun,itulah yang kita dengar dan masih kedengaran sehingga ke hari ini.Akhir-akhir kisah ini semakin hebat lagi diperkatakan.kelmarin,ada remaja yang menerima air itu secara percuma di sekitar Gombak dan kemudiannya tidak mampu mengucap kalimah syahadah atau beristighfar sekali pun.Katanya,orang yang meminumnya seakan terpukau dan menurut saja apa yang diperkatakan oleh pendakwah Kristian tadi.saya bukan jenis yang mudah percaya kepada sihir,namun saya pernah mendengarnya dari mulut seorang arwah Mufti sendiri yang turut terlibat memulihkan mangsa Holy Water ini.Justeru,saya sentiasa berfikiran terbuka ke atas apa saja kemungkinan.    

Apa yang saya musykil ialah jika semua ini benar,kenapakah pendakwah agama Kristian perlu melakukan penipuan sebegini untuk menambah bilangan penganutnya ??? Apakah agama itu membolehkan mereka untuk menipu atau ‘mengenakan’ orang lain agar memeluk Kristian ??? Apakah dengan memastikan seorang Muslim itu tidak lagi dapat mengucap secara lisan maka mereka bukan lagi Muslim dan menjadi Kristian ??? ‘Iman’menurut Islam terletak pada hati,roh,fikiran,akal dan perasaan iaitu bukan berbentuk fizikal yang mampu dinilai atau dihukum oleh sesiapa selain Allah SWWT. ‘Iman’ tidak boleh dimasukkan atau dibuang sewenang-wenangnya dari dalam diri seorang Muslim tanpa sedar dan tanpa kerelaannya.Nampaknya agama Kristian tidak berpegang kepada konsep yang sama. Agama itu jelas hanya berupa fizikal semata-mata kerana boleh‘dimasukkan’ ke dalam diri orang lain dengan hanya meminum air yang telah ‘dijampi’ dan dibubuh garam.Agama Kristian itu juga boleh ‘dikeluarkan’ dari diri orang itu dengan menyedarkannya dari ‘pukau’.Namun,hampir semua mangsa yang ditemui, katanya, tidaklah terpukau sepenuhnya.Sebaliknya cukup sedar dan ingin mengungkap syahadah, cuma tidak dapat dikeluarkan secara lisan.Ini bermakna,roh dan minda mereka masih beriman kepada Allah SWT dan para RasulNya.   

Ini bermakna ‘dakwah’ atau ‘penipuan’ Kristian itu adalah tidak berjaya tetapi hanya mencetuskan gangguan sementara dalam sistem kerohanian seseorang Muslim yang menjadi mangsa,serta tidak lebih dari itu.Bagaimanapun,kita tidak boleh mengambil ringan akan kemungkinan terdapat umat Islam yang hanyut terus akibat longgarnya pegangan akidah dan kefahaman Islam.Justeru,kita wajib berusaha untuk saling ingat mengingati dan memerangi strategi dakwah yang licik lagi jahat ini, sekiranya ia benar-benar berlaku.Memandangkan penganut Kristian pada hari ini berhujah bahawa Tuhan bagi semua agama adalah sama, maka kita ingin mengingatkan mereka bahawa Allah SWT tidak sekali-kali menyuruh manusia menipu dalam berdakwah sepertimana yang mereka lakukan dan lagi,jika benar mereka percaya bahawa semua Tuhan adalah sama,kenapa Kristian perlu bersusah payah memurtadkan umat Islam ???    

Tindakan pendakwah Kristian ‘memerangkap’ umat Islam dengan Holy Water bukan sahaja jahat,tetapi yang paling dibimbangkan ialah ia mampu mencetuskan huru-hara dalam masyarakat.Tidak mustahil ia juga mampu membawa kepada pertumpahan darah dan kemusnahan besar-besaran sekiranya berterusan.Lebih dari itu,jika benar pendakwah Kristian gemar berdakwah secara muslihat,pukau atau sihir,maka para penganut Kristian wajar ‘memeriksa’ diri mereka sendiri.Apakah mereka menerima Kristian kerana tertipu, terpukau atau terkena sihir ???  Apakah mereka yakin yang mereka menganut agama Kristian kerana mereka yakin ia adalah agama yang benar ??? Mungkinkah jika mereka dapat menyembuhkan diri mereka dari sihir itu dan berhenti meminum Holy Water maka hati dan minda mereka akan kembali terang dan tidak lagi ingin sengaja mencetuskan persengketaan dengan agama Islam ???  Tidak mustahil juga jika mereka berhenti meminum Holy Water maka mereka akan turut melihat bahawa Islam itu benar.Kitab Injil juga ada menyebut mengenai syaitan dan iblis yang gemar memanipulasi manusia agar menjadi sesat.Justeru,tidakkah para penganut Kristian terfikir adakah pendakwah mereka benar-benar berdakwah mengikut ajaran ‘Jesus’ atau sebenarnya hanya memanipulasi manusia agar mengikut jalan ‘iblis’ ??? Apapun,tindakan menyihir dan menipu orang lain mungkin merupakan ajaran Tuhan Trinity tetapi ia pastinya bukan sekali-kali ajaran Allah SWT.Maka jelaslah bahawa agama Kristian tidak menyembah Tuhan yang sama dengan agama Islam.

No comments:

Post a Comment