ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: PEMUDA PAS MINTA ADUN KAJANG KEMUKAKAN SURAT TUNJUK SEBAB !!!

Tuesday 28 January 2014

PEMUDA PAS MINTA ADUN KAJANG KEMUKAKAN SURAT TUNJUK SEBAB !!!


KUALA LUMPUR 28 Jan - Dewan Pemuda PAS menuntut penjelasan daripada ADUN Kajang Lee Chin Cheh atas perletakan jawatan beliau semalam, secara bertulis kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dengan segera. 

Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS , Mohd Sany Bin Hamzan berkata, perletakan jawatan ini telah mewujudkan satu persepsi yang tidak baik kepada rakyat negeri Selangor terhadap kesepaduan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. 

"Dewan Pemuda PAS menganggap perletakan jawatan ini sebagai satu pengkhianatan amanah yang telah diberikan oleh rakyat Selangor kepada Pakatan Rakyat serta membelakangkan semangat ‘syura’ di kalangan PR Negeri Selangor."

"Perletakan jawatan ini juga akan menyebabkan pembaziran wang rakyat dan tenaga-tenaga petugas parti apabila Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini. 

Menurut Mohd Sany, rakyat meluat dan bosan dengan keletah politik rakus kuasa di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan merosakkan imej baik Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor itu sendiri.

Sepatutnya untuk penggal kedua pemerintahan, PR Selangor telah semakin mantap dalam meneruskan agenda membantu rakyat Selangor.

Dewan Pemuda PAS juga menyifatkan, tindakan ADUN Kajang ini telah memberi peluang kepada musuh politik PR Selangor untuk menaburkan khabar angin dan fitnah berlakunya politik dalaman PKR Selangor terhadap usaha untuk memberikan tekanan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS melahirkan rasa kecewa terhadap pimpinan PKR Selangor yang mengamalkan agenda ‘politik egois’ dan ‘besar kepala’ dengan membelakangkan PAS dan DAP Selangor di dalam kerja buat mereka di Selangor. 

PKR Selangor berlagak seperti ‘boss besar’ yang boleh mengambil apa saja tindakan politik yang menguntungkan mereka tanpa persetujuan dan pandangan rakan-rakan parti PAS dan DAP sedangkan PKR Selangor hanyalah ‘pemegang saham minoriti’ di dalam Kerajaan PR Selangor.

Sekiranya, penjelasan yang diberikan Lee Chin Cheh tidak munasabah maka Dewan Pemuda PAS memberi amaran akan mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera pilihanraya pemuda PAS di semua peringkat untuk tidak memberikan kerjasama di dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang nanti sekiranya calon yang ditentukan masih lagi dari kalangan calon PKR. sumber

ADAKAH INI TANDA #PKRKACAUBILAU ???


PETALING JAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi calon untuk bertanding di Dun Kajang.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Pejabat  Pusat PKR sebentar tadi.

Menurut Khalid, PKR dan rakan komponennya iaitu Pas dan DAP bersetuju untuk meletakkan Anwar sebagai calon di Dun tersebut.

"Selepas perbincangan dilakukan, PKR dan rakan parti komponen yang lain, kami telah bersetuju untuk meletakkan Datuk Seri (Anwar) sebagai calon di Dun tersebut.

"...kita letak calon PKR, kerana itu bekas kerusi PKR sebelum ini," katanya.


Artikel yang berkaitan...

No comments:

Post a Comment