Gambar Hiasan |
Kuala Lumpur: Jiran gengster. Itu perkataan yang sesuai menggambarkan tindakan seorang lelaki yang sanggup menampar, menumbuk dan memijak jiran wanitanya hanya kerana pakaiannya yang disidai di ampaian di hadapan rumah jirannya itu kotor dalam kejadian di Jalan Ipoh, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun hendak pergi ke tempat kerja sebelum bertembung dengan lelaki berkenaan yang terus memaki hamun mangsa.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Sarah berkata, jirannya itu sering berselisih faham dengan jiran lain akibat masalah ampaian.
“Pada hari kejadian, saya baru saja keluar dari rumah untuk ke tempat kerja apabila tiba-tiba lelaki itu memaki saya dengan menggelar saya ‘Perempuan Jahanam, celaka’ dan menuduh saya mengotorkan pakaiannya yang disidai di koridor di depan rumah saya.
“Apabila saya menyatakan tidak mengotorkan pakaiannya itu, lelaki itu naik angin sebelum menampar dan menolak saya hingga terjatuh,” katanya kepada Harian Metro.
Beliau berkata, tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan turut menarik rambutnya sebelum menumbuk muka dan meludah ke arahnya yang menyebabkan dia cedera di lutut dan muka.
Katanya, lelaki berkenaan yang masih tidak berpuas hati mengugut akan membunuhnya jika masih mengotorkan pakaiannya yang disidai di ampaian koridor itu.
“Saya membuat laporan di Balai Polis Jinjang selepas mendapat rawatan di klinik kerana khuatir keselamatan diri,” katanya.metro
Macam ni punya manusia pun ada , benda boleh bincang tapi sebab penting diri sampai dah jadi HULK !!
Samalah dengan sikap segelintir puak-puak kat luaq sana pasai kangkung pun habis histeria sedangkan kalau di teliti balik tak ada pun...Kesian !!
No comments:
Post a Comment