Sebuah bas persiaran terbabas di Kilometer 107.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan Yong Peng sebelum terbalik dan hancur berkecai mengempam penghadang jalan.
Kemalangan itu mengakibatkan tiga penumpang maut manakala 14 lagi cedera parah. Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.10 petang tadi dikatakan berpunca daripada pemandu yang tiba-tiba hilang kawalan.
Ketiga-tiga penumpang bas ekspres yang terbunuh adalah Mohd Sofian Nurhakim Mohd Zaidi 21, Ahmad Amirul Asraf Yaacob, 23 dan Mohammad Zikri Othman, 10.
Salam Takziah buat keluarga mangsa.
Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
Al Fatihah...
BATU PAHAT <UPDATE TERKINI> - Tiga penumpang maut, 15 cedera apabila sebuah bas ekspres terbalik di Km107.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Yong Peng dekat sini hari ini.
Mangsa yang terbunuh dalam kejadian kira-kira 1.50 tengah hari itu dikenal pasti Mohd Sofwan Nur Hakim Mohd Zaidi, 21; sepupunya Mohd Amirul Asyraf Yaakob, 20-an; dan Mohammad Zikri Othman, 10.
Pemandu bas, Asraf Zainal Abidin, 33, dan tujuh penumpang cedera parah manakala penumpang selebihnya cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail di sini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Bas dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Baharu itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan dan terseret sejauh 50 meter serta terbalik ke dalam parit.
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam membantu mengeluarkan kebanyakan mangsa yang tersepit dengan dibantu orang awam.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan sejauh dua kilometer di kedua-dua arah.
Seorang penumpang yang hanya mahu dikenali Man, 23, berkata dia yang sedang tidur terjaga apabila berasa bas bergoncang.
"Saya terdengar penumpang menjerit, ada bunyi sebelum bas terasa seperti terhoyong-hayang dan ada satu dentuman kuat seperti bunyi meletup," katanya ketika ditemui di hospital berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata tindakan akan diambil terhadap pemandu bas ekspres terbabit jika didapati bersalah.
"Jika pemandu berkenaan mempunyai rekod kesalahan lampau sebelum ini, lesennya akan ditarik. Kita memandang serius perkara ini supaya tidak berulang," katanya ketika ditemui di hospital itu.
Abdul Aziz sebelum itu melawat cucu saudaranya Faik Muzaffar, 15, yang terlibat dalam kemalangan di Km89.1 lebuhraya yang sama pada 3.15 petang.
Dalam kejadian itu, rakan cucu saudaranya, Mohd Lokmanul Hakim, 17, mati di tempat kejadian selepas motosikal mereka melanggar sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan sebelum terjatuh dan dilanggar sebuah kereta. - Bernama
No comments:
Post a Comment