ujVb0Ws-FOUpdyet0eHzKaLuVfw HAMBALI ABDULLAH: MACAM-MACAM HAL !!!

Sunday 12 January 2014

MACAM-MACAM HAL !!!



Foto Lelaki Tetak Mesin ATM Kerana Lupa Pin Nombor

MENGLEMBU – Bengang akibat kad bank ‘ditelan’, seorang lelaki bertindak ganas dengan menetak tujuh mesin juruwang automatik (ATM) dengan menggunakan pisau pemotong daging di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai mabuk, ingin mengeluarkan wang di sebuah bank berhampiran.

Akibat banyak kali salah memasukkan nombor pin keselamatannya, kad banknya ditelan ATM menyebabkan dia terus mengambil pisau yang dibawa dalam keretanya lalu mengamuk dalam bank terbabit.

Seorang pelanggan wanita yang turut melakukan urusan di salah sebuah mesin terbabit berjaya melarikan diri ketika lelaki itu terus menetak mesin-mesin sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Namun, selepas sejam mengamuk, lelaki terbabit terus berdiri di hadapan bank berkenaan sambil menyatakan menunggu kehadiran polis untuk menangkapnya. Lelaki berkenaan berjaya ditahan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.


Terkini- Heboh 2 Orang Suspek Tembak 20 Kedai Di Kota Kinabalu Berjaya Diberkas Polis



JOHOR BHARU 12 Jan. – Pihak polis telah menubuhkan pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, SAC Omar Mamah bagi menyiasat secara terperinci kejadian menembak premis di sekitar Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat lalu.


Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin menegaskan kejadian itu tidak mempunyai kaitan dengan pengganas asing sebaliknya dilakukan oleh ’tangan-tangan nakal’ kumpulan anak muda yang bermasalah.

Sementara didalam media sosial sudah heboh memperkatakan tentang penangkapan beberapa remaja berkenaan bersama senjata yang digunakan ketika cuba mencetuskan Keadaan panik di Kota Kinabalu.


No comments:

Post a Comment